Assalamualaikum
Selamat bekerja lepas cuti selama 3 hari kan. Jangan nak lemau-lemau ye cik aini.
Cuti 3 hari ni aku buat apa je. Memandangkan tinggal kesunyian di rumah sebab mama baba and adik aku pergi berjimba di Bandung. Amboi seronok kome ye. Aku pon jadi langau kat rumah. Online, merayap, online, merayap. Tu je keje aku buat hahaha.
Then semalam, terrajin nak buat kek gula hangus. Favorite. Lama tak makan. Senang dan bahan tak renyah. So membakar kek la kita semalam
Resepi aku google je. Ada macam-macam style resepi. Tapi dah biasa guna resepiCMG.
Alhamdulillah so far tak pernah la tak bersarang kalau buat kek ni. Lazat je kejadian dia. Manis sedang-sedang je. Aku perap kek ni before bakar dalam 3 jam je. Ok la tu kan. Malas nak tunggu lama-lama wakakaka
Ni hari jumaat lepas. Aku cuti hantar theyols ni KLIA, nak berjimba ke Bandung. Kemainnnn sengeh mak aku. Suka la tu menyopping kan. Semalam theyols dah balik. Sampai malam tadi. Hamboi omak den punya penangan shopping. Tambah 2 beg kau. Ntah hape kebenda borong tu. Tak sempat nak godek beg sebab sampai rumah pon dah nak 2am. Ngantok ok. Tapi sebelum tido aku dah bedal strawberry dulu hakhakhak. Takpe, yang penting FM I okey mama !
lets klik !!