Quantcast
Channel: Fazleyatul Aini (Lya Colours)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 363

Sekitar Majlis Pertunangan Adik, Izzati & Akhmal

$
0
0
Assalamualaikum

Hari tu dah update pasal mini pelamin dengan hantaran kan
So hari ni mari bercerita kisah hari pertunangan itu
Pada yang baru baca, adik aku telah selamat jadi tunangan orang masa raya haji yang lepas
Tunang dengan orang Johor. Pontian kalau tak silap
Majlis langsungnya insyaAllah bulan Disember nanti

Majlis tunang langsung dalam pukul 2.30pm
Pihak lelaki datang ramai. Tokojut weols
11 kereta. Mungkin faktor raya, ramai yang nak join jalan ke Melaka kan
Kecik tapak tangan, pantai pengkalan balak kami tadahkan
Ewah berpantun puler 



Pakcik yang berdiri tu la bakal bapak mertua adik aku
Yang duduk tu semua adalah jiran-jiran dekat, tok sidang, pak imam, pak-pak saudara, tak ketinggalan adik bujang aku tu





Baju kuning tu spokesperson bagi pihak lelaki
Sebelah dia tu tok sidang
Belakang tu baba dengan pak lang





Orang perempuan duduk sini
Duduk sini pon tak dengar apa ntah dorang bincang
Tetiba aku dengar, "dengan ini saya merasmikan majlis pertunangan nur izzati akmal bt kamarudin dengan mohd akhmal bin kassim"
Aku macam hoh? Ada ucapan perasmian macam tu ke haha
Macam2 tok sidang aku ni




Baju hijau tu pak imam
Pak imam weols muda kan
Nasib baik dah kawen *urut dada* hahahaha




Anak-anak buah dan sepupu jadi pembawa dulang hantaran





Si budak bertunang ittew
Make up adalah by sepupu
Veil beli kat Mydin Mall. Ada 1 kedai kain kat atas. Banyak veil cantik2 kat situ. Ni adik aku beli dalam 100 lebih kot. Tak ingat
Shawl beli kat masjid tanah je. Ada 1 kedai kain dekat bus stand masjid tanah. Tingkat atas banyak gila shawl, halfmoon, tudung, bla2
Baju tu dia beli kat Aeon Bandaraya. Dalam Aeon kan banyak butik-butik




Bakal nenek mentua adik aku sarungkan cincin
Aku tanya adik aku, apa nenek dia cakap
Sebab nampak nenek dia tanya macam-macam
Rupanya dia tanya adik aku, "kenapa tangan sejuk ni, demam ke, tak sihat ke"
Hahaha. Ketara nebes kau jah




Cincin dah sarung
Eeee dah jadi tunang orangggg haha
Bunga tangan pun diy je
Beli bunga kat kedai bunga dengan kertas wrapper dia
Sepupu aku tolong buatkan





Dengan tunang
Eeee dah ada tunang
Ye kakak biol
Aku tak habis-habis ejek adik aku "eee dah ada tunangggg"
Hahahah motip sangat kan





Dengan mama dan bakal mak mentua dia





Kenapa mama dengan baba elok plak tema biru hari tu, tapi anak-anak tema berterabur hahaha
Excuse la memang tak bertema pon kitorang
Main sauk je pakai
Habis pukul 1 tengah hari still sinsing lengan kat dapoq lagi kan




5 beradik
2 cukup makan, 3 terlebih makan hahahaha
Ok kan dah cakap tema berterabur
Yela pagi tu pon pakai baju main bedal je
Dah pukul 2 lebih baru tukar baju. Tak mandi -_____-
Eh tapi pagi nak p sembahyang raya tu dah mandi ehhhh




Us familia.
Dengan mak lang dan baju biru tu angah, sedara belah ganu
Sebab dia study kat matrik londang, raya haji tak balik
So raya dengan weols





Amboi suka senah
Tu dengan sepupu and makcik




Tu dengan anak buah kesayangan
Awal-awal dah booking nak jadi flower girl nanti. Amboihhh
Aku suka make up adik aku. Tak over. Tapi dia cakap bibir dia merah sangat
Aku rasa ok je kot





Dengan sepupu lelaki dan adik bujang




Dengan gegadis pulak


Ok lets check menu of the day



ketupat daun. jenuh mama, baba dengan makcik2 anyam
dekat 300 kot anyam
anak-anak memang jgn harap la nak menganyam ni
pastu sepupu puchong anyam siap2 kat rumah dia. dalam 100 lebih





kari itik




kuah kacang ayam




rendang ayam




mee for mee kari




aksesori mee kari. kuah lupa snap pic mihmihmih





tauhu sumbat. tauhu tu mintak tolong kakak sepupu belikan
dia duduk nyalas. tauhu dekat sana sedap weyh. lembut je
kemain tauhu jauh import hahahaha





rojak buah. campuran epal hijau, mangga, nenas, epal merah dan jambu batu




telur rebus untuk mee kari
dan ada kuih talam, brownies dengan congo bars
atas meja dah siap-siap letak kuih bakar dengan cara berlauk




kakak si budak bertunang dan sepupu
kakak muka tak mandi hahaha
jangan kata tak mandi, sarung baju, tudung, dah
bedak pun tak tepek gagagagaga
eh btw aku suka tudung aku tu, beli kat tesco
bulat je bawah dia





dengan anak-anak buah
excuse muka berlengas gila time ni hahaha

alhamdulillah semua berjalan lancar
counting to big day je sekarang ni

Aku tengok, semua saudara mara aku happy dengan majlis ni
Yela sebab diorang memang dah lama tunggu majlis kahwin dalam family aku
Ni kan first time . Semua nampak happy je menguruskan. Alhamdulillah saudara mara help us a lot
Sebab yela nama pun first time kan. Banyak benda tak tau
Masa pihak lelaki sampai, ramai yang sambut dekat pintu
Perbincangan berjalan lancar
Dan tengok pihak lelaki really enjoy the food. Sebab weols memang sangat suka jamu orang dengan makanan. Dan weols kalau boleh nak pastikan tetamu datang dan pulang dengan kenyang
Sebab tu silalah tengok family belah weols macam mana hahahaha

Mama baba dengan adik bujang last week balik terengganu menjemput saudara mara belah terengganu
Dan mama cakap ramai nak balik
Alhamdulillah. Yes, as I mentioned earlier, they really waits wedding ceremony in our family

Cant wait to the big day
Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga

Aku nak jemput jugak kawan-kawan blog
Bulan depan la, InsyaAllah. Awal-awal takut orang lupa
Yang mana sudi, boleh email address dekat email aku liya366@yahoo.com



lets klik !!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 363

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.