Assalamualaikum
Sehari sebelum majlis nikah, saudara mara dah start berkumpul kat rumah
Saudara belah Terengganu dah sampai, yang dekat pun dah sampai
So aktiviti sehari sebelum adalah mempacking goodies, orang khemah final setup, mengemas apa yang patut, dan berinai kecil
Dok menyembang kat luar tunggu orang jual eskrem lalu haha
Wakil tolong beli eskrem
Yang lain malas bangun sume kat dalam rumah
Baju superman adalah abang long. Orang kuat. Incharge bahagian minuman dan cendol untuk majlis
Model cekenit aku camwhore tak sudah-sudah
Membungkus telur untuk goodie bag
Kakitangan bungkus goodie bag
Baulu ikan untuk goodies jugak
Cekenit aku tu pon menolong jugak hah
Dalam goodies kitorang letak semua sama. Ada Yaasin, baulu ikan, dengan telor rebus
Untuk pihak lelaki je lain sket. Ada tambah coklat hershey's kisses dengan bunga telor
Kerja aku adalah buat hantaran
Berat sama dipikul ringan sama di jinjing, itu konsepnya. Haha
Ni orang kuat kami jugak. Sepupu dari Puchong, Kak Yana
Kak Yana uruskan memasak masa hari nikah, dan uruskan makanan untuk meja beradap masa hari langsung
Orang kuat lagi. Busu din. Adik bongsu baba. Busu punya part masa hari langsung. Busu arrange kan team rewang semua, bahagikan kerja-kerja
Khemah-khemah. Khemah makan ada 9. Ada 2 section. 1 kat sini
1 lagi kat sini. Depan rumah tua weols
Khemah most wanted. Haha. Khemah dj / karok / kugiran hari langsung
Makan beradap bawah garaj. Orang khemah setting situ
Hari jumaat malam tu plak ada berinai kecil. Pakai inai ramai-ramai
Pengantin nya inai lain la. Inai dari Murni Henna Art (Insta)
Lepas pengantin siap, ramai plak yang hulur tangan nak inai corak. Bayau sendiri eh haha
Aku pakai gak. Pakai inai daun je
Anak-anak buah blender terus daun inai. Jenuh nak menumbuk
Pakat pakai ramai-ramai malam tu
Comel. Just nice. Tak sarat barat sangat la kan
Ok nanti continue lagi. Hari nikah
lets klik !!