Assalamualaikum
Ok sambung. So day 2, pagi tu hujan memang lebat
Planning asal pagi tu memang nak terjah skycab dulu. Sekali dah hujan lebat, kene switch plan
So kita pergi Underwater World dulu
Oh ye. Pergi semua tempat kat Langkawi ni Waze sahaja.
Waze sangat-sangat membantu
Plus, aku suka drive kat Langkawi ni. Sebab semua orang drive tenang-tenang je
Unlike kat tempat aku melaka ni atau tempat lain yang manusia jenis tak sabar-sabar macam kan jalan raya tu tutup esok
Breakfast warung tepi-tepi jalan je. Tapi ni still kat pekan kuah la
nasi lemak bungkus biasa la RM 1 dan add on lauk-lauk
Pagi2 dah cekik petai, merasa la menderita sape masuk jamban lepas aku
So lepas makan terus pergi underwater world
Entrance Fee: RM 33 adult
perempuan purple seketol di situ
ini budak hah, masa breakfast dia bedal milo dekat setengah mug, tido kekenyangan puler
tapi elok je masuk dalam, terus segar. bagus kata nak tengok ikan kan aqeh !
muka macam "what place is this so gelap"
aku rasa aku pon excited masuk dalam ni walaupun tengok binatang je kan haha
oh ye tepi tu ada flamingo
masuk2 je "flamingoooooooo"
siapa ntah -_-
"huh ikan apa ni macam pelik je"
hi pingu !
leka btol tengok pingu mamat ni
pastu masa jalan2 kat dalam tu, jumpa 1 aktiviti ni
aku lupa nama apa ntah
tapi dia masuk dalam bilik, semua cermin, so ko nampak bayang2 ko, lama2 ko bleh confuse tu bayang clans ko ke atau orang lain
memang lawak la aku rasa suara aku paling memekak sebab takut lost pastu asik langgar cermin je sebab ingatkan ruang jalan rupanya cermin
aku asek ketok2 kepala adik aku je pakai benda alah putih panjang tu haha sebab takut hilang
oh ye masuk ni fee lain.lupa berapa hengget. 15 ke 18 ntah
sempat mirror selfie jap pastu cepat2 pusing takut hilang adik2 aku hahaha
anda di kira berjaya menjumpai jalan keluar sekiranya jumpa benda alah ni
dia macam bridge la. pastu ada roller yang berpusing
kalo nampak bulan bintang tu semua dia actually berpusing ok dan membuatkan ko pening
aku poyo konon tengok bawah
sekali dah nak sampai hujung angkat kepala amik ko, nasib tak langgor dinding hahaha
mama dan maklang
hello yu !
"ee scary nya muka yu ni"
"eee ikan kaler2"
excited tengok ikan banyak2
dekat nak exit tu ada macam small waterfall. lepak sini jap
hai obor-obor !
exit je, ada souvenir shop. so shop sket2 kat situ
then out to lunch
Kak Yan Nasi Campur !!
Deretan pelbagai lauk
Ada bakar-bakar jugak
So setelah berpusing-pusing berapa kali ini lah lauk iols amik
Pajeri terung nenas, petola masak lemak, kerabu taugeh, kerabu mangga, pari air asam
Semua sedap !!
Boleh tahan murah jugak makan sini
So siapa datang Langkawi sila masukkan Kak Yan Nasi Campur dalam tentative anda ye !
lets klik !!