Assalamualaikum
Raya haji hari tu memang takde buat apa
Pagi bangun awal masak soto. Pastu pergi masjid sembahyang raya
Balik sembahyang makan. Balik sembahyang tu memang dah hujan la
Apa lagi. Perut kenyang mata berat la jadinya
Tido santak sampai tengahari lalalalala
Bangun tido ada sedara datang. Join makan lagi hahaha
Makan tido tgk tv je la aktiviti
Malam baru p rumah makcik sebab dia buat rendang perut uolsss
So random pic je la. Bukan pic apa. Pic makanan
Tak pakai baju raya pon. Pakai simple dok rumah kekdahnya kan
Begedil buat sehari sebelum. Then frozenkan. Pagi raya baru goreng.
Bangun kol 5 am uols nak menyiapkan soto and anak beranak nya
Tugas menyiat ayam bagi kat adik aku. Sebab dia tak boleh sembahyang kan
Nasib baik. Aku malas bab nak menyiat ni
Tulang masuk balik dalam sup. Didihkan balik. Terbaik uolsss
Condiments soto. Siap suruh adik aku beli bekas gini khas untuk letak aksesori soto hahahha
Beli kat kedai 2 ringgit tapi tak 2 ringgit pon. 9.50 huih
Taugeh malas nak buang kepala ekor sungguh macam berpokok rupanya di situ ye
Sambal kicap pedas nak meletop tengok biji cili pon dah tau -_-
Kuah soto yang dah siap
Resepi tak ingat main google je
Very simple raya's table
Nasi impit dan kari itik
Soto cik bedah
Nasi impit dan sambal kelapa terengganu style
Sekian bye
lets klik !!