Assalamualaikum
Hai semuaaaaaaaaaaa
Selamat kembali bekerja setelah bercuti
Dan selamat update blog kembali untuk aku setelah agak lama bermalas-malasan heheh
Cuti CNY balik kampung
Tak plan pon nak balik kampung sebona eh
Memula plan nak bercuti kat Kuantan je. Hotel dah book. Book through call je pon
Tapi masa on the way dah sampai Paloh Hinai, memasing menggelinjang nak balik kampung, so terus ke kampung je lah
Woh nampak gerbang terengganu lepas Chendor tu, kemain sengeh lebar aku
Yela aku je yang lama tak balik kampung haha
Kitorang gerak pagi khamis tu. 2 kete gerak
Highway segamat - kuantan tu memang banyak kete la
Naik LPT dah ok
Sekali kau nak exit tol Jabor......
Rasakan. Sejam lebih jugak la nak sampai ke exit tol Jabor tu
Memang kematu kaki
Dia jammed bukan apa, pack kat lorong tunai tu je. baik semua pakai TnG kan senang
tetapi kesannya pada semua pengguna la hahaha
biasa la tak jammed tak feel raya la kan. gitew. padahal aku dah naga berapi dalam kete tu, dengan lapo lagi
sampai kampung sweet kampung ku, chendering kuala terengganu around 6pm ++
asar dulu, keluar nak makan laksa nasi minyok whatevs
sekali........
dari sebelum jambatan kuala ibai dah jammed hahaha
well raya kan
dan most of kedai laksa full -______-
kedai favs apatah lagi. berasak manusia -_________-
then bawak diri makan kat warung sebelah Permai Inn
Itu pon banyak makanan dah habis
I took nasi minyok with ayam merah
keesokan harinya, seawal 7.30am aku dah terpacak kat paso payang
nak beli apam balik kegemaranku !!!!
dan beli kuih muih dan nasi lemak kat belah belakang sket
pastu keluar ke belah belakang paso, nak cari tembikai
kebetulan hari jumaat ada kenduri sket kat kampung
so aku p cari tembikai buat pencuci mulut
kelapa inti kat sana berlambak ok
geram je aku tengok
then singgah dekat dengan masjid kg raja nak beli me favoritas satar
then after solat jumaat pon mula kenduri
belah sana kenduri senang je
laksa. kuah putih dengan merah
itu je. takde complicated keje kan
ulaman laksa. taugeh, kacang panjang, timun, kobis, yang hijau tu gabungan pucuk gajus, daun kaduk bla2
laksa opkos
kuah putih and merah
aku prefer kuah putih je. tapi aku tengok orang sana banyak makan yg kuah merah
mine. kuah putih, more taugeh plis
kuah meladung baru feel. gila berlemak lemak masuk dalam perut -_-
later malamnya aku makan jugak laksa kuah merah
macam lebih kurang laksa johor tapi rich sket rasa nya
dan sedikit manis
nanti sambung yeee
lets klik !!