Quantcast
Channel: Fazleyatul Aini (Lya Colours)
Viewing all 363 articles
Browse latest View live

Wedding Abas & Ika

$
0
0
Assalamualaikum


Sebelum nak becerita pasal wedding ni, nak komen sket pasal thomas cup semalam
Mentang2 semalam thomas cup, tetiba aku heran ramai betul kat fb jadi pengadil lak kan
Pengadil keyboard je lah pun ye dak. Tu takpe lagi. Yang komen macam jadah haram pun ramai jugak
Amboi amboi. Siap cakap, "mana datang darren ni",  "Siapa yg bagi dia main ni",  "Macam mana kau boleh jadi captain ni"
Eh boleh tak aku nak tanya, "kenapa bukan kau je yang main eh? Mesti kita menang bergaya ye dak ?" 
Bosan btol. Last-last aku hide je status-status bongok gitu
Kita bukan kat tempat diorang. Tak tau stress tahap apa la diorang kat dewan tu. So tak payah nak banyak songeh
Kalau dengar radio pagi tadi, Hasbullah Awang pon cakap kita bukan pasukan favorite. Dapat masuk final pon 1 kejutan. Kalahkan Indonesia lagi pulak untuk masuk final. So bersyukur lah ye. Alah korang yang bengang kalah tu bukan sebab apa, sebab nak cuti je pun kannnnnnnnnnnn

Ok dah. Marah pulak orang kang kakakaka

So sabtu lepas, wedding kawan sepejabat, Abas dengan pasangan dia, Ika.
Wedding took place at Merlimau. Setengah jam lebih kurang dari office
Sampai je pengantin tengah makan beradap. Amik gambo pengantin dolu





Itulah dak abas. Kecik je kan. Dah kawen dak abas
Dia bagi kad pon tiba-tiba. Tak tau apa pon. Pandai kau berahsia ye dik




Favorite sport amik gambar kikiki
Ni lepas pengantin makan, dorang masuk dalam. Kitorang pon lelaju la masuk dalam kikiki




kami dan pengantin baru





makan time. gerang asam, kari daging dengan ayam goreng






sementara tunggu abas tukar baju untuk potong kek pulak
dia suruh kitorang tunggu. so mari lah selfish dulu




lama tunggu dak abas tukar baju huih




masuk dalam pulak hahahaha



tu dia dak abas. amboiiii kemahennn kamu ye




dak abas ni memang kaki pose
ko tengok tak di heran bininya tengah buat apa, elok je dia model sorang-sorang gitu hahaha



dia tak pakai Kot lagi time ni. kitorang jahat siap cakap, abas ko dah macam budak catering la hahaha
maafkan kami abas kakakaka



mari selfish dengan pengantin !




lama betul kitorang kat sana. dekat nak pukul 4 baru reti nak balik hahaaha
suka surrounding tempat ni. sejuk je. banyak bunga raya plak tu



.

three of us




ni gambar nikah. kawan whatsapp. 
alahai cam tak caya je dah kawen dak abas ni
kat office dia ni kuat nyakat orang. ada je nak ngusik nya
kecik je tengok hah. elok lak sengeh gatal gitu hahaha
teruja ye uols




ni pulak malam berinai. pun kawan whatsapp kan
jadi suami yang baik ye abas. jangan nak nyakat bini ko pulak ye
kene lesingggg nanti hahahaha

Barakallah Abas dan Ika
Selamat Pengantin Baru
Selamat bercinta hingga ke syurga
Kekal sampai akhir hayat InsyaAllah


lets klik !!

Farewell Abg Abu

$
0
0
Assalamualaikum

Ni rasanya 2 ke 3 minggu lepas ntah. Tak ingat. Hahahaha 
Farewell abang abu. Dia dapat kerja kat gomen kau. Kerlass abang abu. Jangan lupa kalau ada kerja kosong rekemen kat kitorang dulu kehkehkeh

Pastu buat farewell pizza treat. Papa manager belanja. Lunch tu pergi beli Dominos. Papa manager bagi member card. Buy 1 free 1. Buy 4 free 4. Jadilah 8 kotak pizza. Makan sampai terbaring lah korang




macam orang kebulur pizza aku hari tu. sampai 8 kotak angkut




yang diraikan, abg abu
kat office ni, kitorang apa2 refer dia. sebab dia sangat berpengalaman
tanya je apa2, sure boleh jawab
tapi yang tak best, 5 projek dia jaga, 5 tu transfer kat aku. huwaaaaaaaaaaaaaa
nasib baik orang baru masuk minggu depan kikikiki





layan lah model dominos ni




eee sedap
aku lagi suka dominos dari pizza hut




3 beranak. papa manager, dengan 2 anaknya
tapi sekarang anak tinggal 1
kehkehkeh






goodluck di tempat baru abang abu
kahwin jangan lupa jemput kitorang
iols suka weddingwedding ni hekhekhek


lets klik !!

Wedding lagi ! Ok last. Cousin's wedding at Melawati

$
0
0
Assalamualaikum

Aku rasa entry aku bulan 5 penuh dengan weddingggggggggggg je
Jenuh woi makan nasi minyak orang je kan. ai tahu uols tak sabau nak makan nasi minyak iols kan
kehkehkhekhekkeh sabau ye

So 31Mei lepas adalah wedding terakhir untuk bulan 5 itu. Tolonglah bulan 5 hari tu setiap minggu ada wedding ok ! Nangissss bau bunga rampai orang ni hahaha

Jumaat sabtu aku amik cuti. Jumaat pergi KL. Tapi aku tak pergi nikah pun. Mama, baba dengan adik bujang pergi. Sebab aku kene tunggu si doctor tu balik kerja -_-

So aku gerak pukul 12 macam tu. Sampai nak pukul 3pm jugak sebab jammed -_-

Disebabkan tak dapat pergi nikah, so takde lah gambar aku. Tapi aku tepek jugak. Rembat kat fb cousin hehe





pengantin lelaki adalah cousin iols
ko tengok pengantin perempuan dia. kecik nya. comel je. pinggang dia macam besar peha aku je -_-




hantaran untuk pengantin lelaki. lupa nak rembat sirih lagi
oh ye Dr Singa , motif merembat daun sirih adalah untuk amik berkat kononnya hahaha



kemahen segak berdiri cousin aku tu



unplanned theme. tetiba go green plak masing-masing




kompang di palu pengantin baru lalalala




pengantin perempuan ni kalau tak silap lagi muda dari aku kot
kecik comel je kan
segan nak amik gambar sebelah
takut aku kelihatan seperti gergasi di situ nanti
tak baik memalukan diri sendiri kakakaka




maka kita duduk bawah bersama kanak-kanak riang





dan pandai-pandailah bawak diri makan
hajat nak makan udang panjat tak kesampaian
meja makan beradap full. hahaha




menu yang memang ohsem oh la la !
sambal sotong ohsem ! rendang daging ohsem ! ayam tu, tak tau masak apa. macam masak lemak cili padi, macam masak kurma, tapi ohsem too !




go green !







mama kalau bab bergambar, laju je haha

Selamat Pengantin Baru Abg Yen dan wife
semoga berbahagia kekal hingga ke syurga


lets klik !!

Maleficent adalah sangat awesome !!!

$
0
0
Assalamualaikum

Siapa belum tengok Maleficent ???



Sila pergi tengok sebab sangat best !!!!!
Aku baru dapat chance pergi tengok malam tadi. 3D RM 18 huh
Tapi berbaloi sangat sebab best hoiiii. 
Adik aku cakap bukan main menghayati aku tengok movie. Tak berkutik hahaha
Ok nanti kat astro best keluar nak beli ha ha ha 
Tak kan nak bagi summary plak kan. Pergi tengok sendiri la baru best
Cerita ni dia menceritakan tentang Maleficent, asal usul dia. Bagaimana dia boleh jadi jahat bla bla bla




Selingan,
Sekarang sangatlah tosei maniac.
Minggu lepas je 3 kali makan tosei.
Minggu ni je dah 2 kali. Isnin makan, semalam makan
Tak pandang la mee goreng mamak ke roti tolo ke
Forever love tosei hahaha
Tosei mesti garing-garing. Masa order siap mention, "nak garing-garing tau!"
Yang pic ni semalam makan tosei kat Bukit Baru, Ada 1 mamak dekat dengan MAIM (Majlis Agama Islam Melaka). Kari dia fuhhh thorrrrbaik
Bau kari melekat kat tangan hahahaha

Ok tu je bye
Eh nak tanya. Boleh tak tukar duit baru (untuk duit raya) sekarang2 ni
Nanti bulan puasa malas nak keluar p bank. Hahahaha


lets klik !!

jalan-jalan isi perut di kotaraya

$
0
0
Assalamualaikum

Masa pergi wedding sepupu kat KL hari tu, sedara mara sewa homestay je kat Taman Wangsa Jaya kot
Ke apa nama ntah. Lupa.
Tapi kami sekeluarga decide nak tidur hotel
Sebab ramai sangat dah kat homestay tu
Leceh nak berebut jambans

Nak tidur hotel tu takpe. Ko tahu hotel kat mana baba pilih
Kat chow kit tu
Herghhhhhhhh penyeksaan jiwa ok 
Dah lah petang tu hujan, dengan orang balik kerja lagi. 
Memang ada hikmah la aku tak ditakdirkan kerja kat KL
Kalau tak, mesti dosa makian aku kumpul hari-hari

So kitorang stay kat Brisdale
Rege nya boleh tahan mahai. Tapi kualiti macam ke laut je
Serius tak best langsung hotel dia. Mentang-mentang ko kat tengah bandar, tekan kaw-kaw rege kan





meet my cuk mok
yang masa dia kecik aku timang-timang, lambung-lambung, geram-geram lempang pipi gigit tangan hahaha
sekarang sudah besar dan really camwhore one
over ye. sapa ajar ni
ehem ehem*




pemandangan dari hotel
petang tu kan hujan. boleh tak baba ajak jalan beli buah jugak
turun la 6 beranak. mama dengan mak lang tinggal kat bilik tak nak turun





malam sangat nice
nampak la klcc tu
berapa zaman sekali baru nampak ni
yele orang kampung uols. jarang sekali naik KL melainkan ada orang kahwin hahahaha



Petang tu kan turun bawah jalan-jalan beli buah
Lepas tu makan kat tepi hotel
Nasi lemak berlauk
Kedai apa ntah nama
Adam kot


Nasi lemak daun pisang
Sedap la jugak




lauk yang kami ambil
sambal kerang
sambal paru - sangat tedap
rendang daging
ayam goreng 2 ketul panas lagi


Lepas Isya pergi homestay tu
Lepak-lepak sembang-sembang
Pukul 11pm lebih jugak la balik hotel
Baba, mama dengan maklang balik hotel
Kami 4 beradik p merayau ha ha ha



Pergi lepak NZ Garden




Iols forever tosei garing-garing




dah nak pukul 2am kot baru reti nak balik
adik bujang p amik kereta, 3 kakak pergi jalan ke depan
nak tengok klcc yang dah berapa zaman sekali tengok tu
kg sungguh aku hokhokhok



selfish dengan klcc
tak lama lepas tu lampu dia tutup
nasib baik sempat selfish. kakakaka


Balik membuta
Esok pagi bangun breakfast
Sebab amik family room, dapat breakfast for 4
Kitorang amik 2 family room. Dapat 8
Tapi breakfast nya tak banyak pilihan sangat la
Kira ok la. Janji kenyang alhamdulillah



First round



Second round
Bubur tawar + tauhu apa ntah + kacang panjang goreng telur + telur masin




Tedap !!


Lepas breakfast, check out
Tau kitorang pergi mana ?

Zoo Negara !
Hahahaha

Segerombolan pergi. Yang tinggal kat homestay semua join
Best -best

Next entry.



lets klik !!

ke zoo kita

$
0
0
Assalamualaikum

Ni hari masa cousin's wedding kat Melawati tu
Kami ni pihak lelaki
Sanding pukul 1.30pm
So dari pagi nak tunggu tengahari punya lama
Pakat reramai pergi Zoo Negara

Kata baba, masa kecik dulu zoo negara selalu sangat pergi
Sebab dulu kecik-kecik dok KL
Dolu la
Sekarang iols melaka sejati gitew

Entrance fee RM 30
Panda takde masa tu
Sebab kitorang pergi 31May
Panda boleh tengok start 1 June rupanya
Herghh




Saya suka pergi Zoo
Dah lama tak pergi Zoo Melaka
Rasanya 4 tahun lepas kot last pergi
Sebab pergi Zoo Negara kali ni unplanned
So takde kasut sesuai
Bantai pakai selipar
Oh man sakit kaki weyh





Doctor pun cuti masa ni
Dia paling excited nak pergi Zoo
Sampai nak pergi Zoo pon nak fikir pakai baju apa
Hoih 



Pukul 11am pergi tengok show sea lion
Nampak tak baba kita
Baju belang coklat tu dengan topi koboinya
Baju belang kuning adik bujang
Hoih excited sangat tengok sealion



Binatang apa tu tak tau
Tiba-tiba muncul dari atas tu
Tanjat gugurl
Takut dia melompat terkam kang 




Akak tembun suka zoo !
Beli buah. Amboi mahai nya. 3 cawan buah tu RM 10




Happy kids dan warga tak berapa kids
Panas nya hui
Macam sauna




Tengah ada kerja pembaikan jugak
Tak leh la amik gambau depan-depan tu

Nanti nak datang lagi
Sebab tak puas tak tour betul-betul
Rushing time nak pergi wedding tu


lets klik !!

Kek Batik (Biskut Marie) Termudah Tersedap

$
0
0
Assalamualaikum

Sabtu lepas rumah buat kenduri
Kenduri nak sambut Ramadhan
Hujung bulan ni je kan dah nak puasa

Nak upload gambar
Tapi tak transfer lagi gambar nya
Nanti ler

Meriah kenduri
Ramai sedara-mara balik
Sabtu kenduri
Ahad kenduri mandi laut
Haha !
Now saya sangat merah macam udang panggang
Kesan bergelimpangan kat laut sampai matahari mencacak pukul 12 lebih

Anak-anak sepupu / saudara, yakni budak-budak la
Asal balik kampung Melaka mesti request "kak long kek batik !!!!"
Biasa aku suruh adik aku buat
Nanti bising budak-budak tu
"eh apsal kak long tak buat"
Gedik la kamu

So kali ni kak long rajin
Siap share resepi kat blog

Oh ye
Resepi asalnya besfrenforever yang bagi
Masa duduk rumah sewa kat segamat (zaman UiTM dolu-dolu)
Dia buat sekali
Pergh sodap
Terus save resepi dalam minda
Tak payah salin simpan
Sebab memang mudah dan pantas 
Sap sap soi !




Pandangan atas kek batik
:
:

Bahan-bahan seperti berikut:

- Buttercup seketol 250g itu
- Milo 1 cawan
- Coco powder 1 cawan
- Susu pekat 1 cawan then aku tambah lagi 2 sudu
- Gula 2 sudu sahaja (kalau nak manis tambah sendiri)
- Telur 6 biji (kocok kan sket)
- Biskut marie (aku guna 3 bungkus jenama Munchy's. 2 original 1 coklat. Eh coklat ke coffee ntah)- bIskut marie aku patah-patah 4




Kasi lebur semua bahan kecuali biskut dan telur ke dalam periuk
Dah masuk semua bahan itu, baru bukak api slow dan kacau sampai semua bahan cair

Bila semua dah cair, masuk kan telur tadi, kacau sampai semua sebati
Dah sebati tu, nak rasa adunan coklat tu boleh la
Kot terkurang manis ke boleh tambah gula / susu lagi ke
Ikut suka kamu

Biasa la aku memang stok main campak-campak je
Hahaha




Dah sebati rasa bahan coklat tadi, tutup api
Masukkan biskut marie tadi. Gaul rata

Oh ye
Kalau nak lebih coklat, biskut Marie tu guna la 2 bungkus je ke
Aku ni sebab dah patah-patahkan semua biskut marie tu, so aku leburkan je semua
So tak banyak sangat coklatnya



Dan masukkan dalam loyang
Himpit-himpitkan 
Kalau ada coklat lebih, curah rata je atas tu
Kes aku, takde coklat lebih
Periuk coklat budak-budak amik 
Ratah coklat belen dalam periuk
Haha

Dah siap, simpan dalam peti sejuk
Nak makan, sendiri potong la!

Kalau anda rajin
Susun la satu-satu biskut tu
Kalau susun, tak payah patah kan la biskut tu
Kes pemalas
Lebur je semua



Model kek batik
Budak-budak ni
Sepinggan tu dia hadap sorang je
Aku pon makan 2-3 keping je
Tsk tsk tsk
Cubaan nak mengatakan sendiri buat sedap
Kahkahkah

Eleh tak caya cuba la sendiri
Lalalalalalalalalalala
*sambil berlari libas rambut*


lets klik !!

kenduri oh kenduri

$
0
0
Assalamualaikum

Minggu lepas, masa birthday Agong
Ada buat kenduri sket kat rumah
Kenduri sambut ramadhan

Masak gotong-royong family je
Tukang masak ada
Mama, sepupu 2 orang yang terel gila masak, dengan cikton (mak sedara)

Menu ohsem!




Masih mengamalkan hidang berdulang
Kami orang kampung =)


Menu adalah :




Menu wajib
Kari itik
Sembelih 7-8 ekor itik belaan
Dah senyap reban mak aku
Tinggal ayam kampung je
Tu nanti tunggu raya plak





Udang sweet sour





Sayur jowo




Ikan parang masak asam




Ikan bilis tamban sambal hijo
dan
Kerabu mangga
Gambar takdok




Dan pelbagai kuih-muih
Antaranya
Serabai dan serawa durian
Kuih talam, kuih lapis, karipap, abok-abok

Eh tak sempat la nak amik gambar sangat
Gambar kuih pon takde hu hu hu




Menghidang
Kenduri start pukul 12
Awal kan
Memang biasa buat makan tengahari
Pas kenyang-kenyang makan, boleh terus pergi Zohor kat masjid




Itu lah dia kenduri kecil kami
Gambar memang takde sangat pun
Takde orang nak layan jadi photographer aku hu hu hu

Eh malam nya ada makan lagi
Makan-makan family

Family makan katakan
See the pinggang lah !


lets klik !!

makan's family

$
0
0
Assalamualaikum

Lepas habis kenduri siang nya tu
Malamnya makan-makan lagi
Weols ni memang gathering makan je

Menu malam nya macam-macam
Ada steamboat
Satay
Nasi lemak dengan bihun singapore bungkus kecik-kecik
Ikan bakar
Jagung bakar
Fillet ikan siakap 3 rasa
Kuih-muih leftover kenduri
dan bla bla




baba paling semangat 
dia memang dari dulu nak buat makan-makan steamboat




makan malam itu di sponsor oleh si temok ini






steamboat
buat 2 pot
ramai. periuk dan extension terhad. haha
pelbagai jenis bebola, sayur-mayur,ayam, udang, sotong
gout tak boleh makan ni





adik bujang kita tu
bab bako membako serah je kat dia



panggil orang satay
datang bakar kat rumah




jagung bakar
dalam alum foil tu pari rasanya




ya mari makan !




bihun singapore bungkus kecik
makan 3 bungkus baru kenyang ni
comel je




paling best siapa dapat duduk depan tray satay ni
satay siap je dia dapat dulu
hahaha
pandai pilih port eh!





saudara mara
memang ramai betul malam tu
parking full sampai tak muat
risau aku
takut orang ingat kita buat kenduri kahwin, tapi tak jemput ! haha




time ada kenduri gini baru dapat berkumpul semua
tuan rumah, penat jangan cakap la
siang kenduri, malam makan-makan
tapi bila dah ramai-ramai, seronok tak fikir apa dah !

esoknya mandi laut berjemaah pulak
sampai pukul 12 lebih
rentung jangan cakap la
sampai orang kat office tegur
sebab ingat aku selalu pergi site sampai hitam !
hahahahaha

dah habis baru perasan
gambar semua lupa letak watermark -_-



lets klik !!


Baby Izzah dan Maklong nya

$
0
0
Assalamualaikum

Ahad lepas pergi Nyalas
Sepupu saya amik anak angkat

Nur Izzah Insyirah nama diberi
Masa saya visit dia, dia baru berumur 8 hari

Documentation semua dah settle
Angkat sumpah segala
Alhamdulillah, urusan kakak sepupu saya tu dipermudahkan
Semoga baby Izzah dibesarkan dengan baik di bawah jagaan sepupu saya

Maklong cannot tahan
Kakak sepupu whatsapp gambar 
Aihhhhh geram lah !

Ahad petang pergi Nyalas
baby ! mak long datang menggomolmuuuu



baby tido masa maklong sampai
yela. tak kan nak main teng teng pulak !

baby tido senyummm
ee geram tangan tu
asik tercabut je sarung tangan dia

kecil je baby Izzah ni
2.7 kg !




maklong geram-geram tangan dia tuuuu




maklong tak pandang kiri kanan
terus amik port, bergolek terdampar sebelah baby
hurmmm geram geram tuuu

dok ralit belek tangan baby
terus cium geram-geram
tiba-tiba sepupu marah hahaha
tak boleh cium tangan dia !
nanti dah besar dia meminta-minta
eh yeke ?
takpe la
minta mainan maklong ok je kihkihkih





geram kaki dia tuuuu





ish geram nya
rasa nak kemam-kemam
hahaha !

halusnya kaki baby
aku siap snap tapak kaki baby !
sebab geram sangat
still merah-merah 



mula-mula nak pegang takut
sebab kecik sangat !
kakak sepupu tak abis-abis suruh pegang

wuuuuuuuuu lembutnya baby ni
selesa betul ye tido
yela gebu betul maklong nya
hahahahaha





welcome to the family baby Izzah !
nanti dah besar sket ajak mama balik kampung Pengkalan Balak
nanti maklong bawak mandi laut ok !

hahaha!
tak menahan maklongnya
terus ajak terjun laut !




lets klik !!

Alaa...Kassim... Crystal Bay Alai

$
0
0
Assalamualaikum

Sabtu lepas duduk rumah adik aku
Malas balik rumah kekdahnya
Balik kerja pukul 1pm, melagho jap dengan member, petang balik rumah
Adik aku tu belum balik kerja lagi
Apa lagi, bantai membuta
Bukak-bukak mata, eh apsal gelap je ni
Tengok jam kat fon, 8.40 pm !!!
Terlajak maghrib sume arghhhh
Nampak adik aku pon sama membongkang
Pukul berapa dia balik aku pon tak tau
Bangun sembahyang Isya, qada' maghrib sekali
Masing-masing lapo
Keluar rumah tanpa arah tujuan

Ronda-punya ronda
Decide nak pergi Alai
Ikan bakar dekat Crystal Bay
Masa tu dah pukul 10pm ++ jugak
Risau orang ramai sebab cuti sekolah kan masa tu
Tapi redah je la

Memang ramai pon orang
Nasib ada meja kosong
Sebab dah pukul 10 lebih, so ramai orang yang dah sudah makan tengah lepak-lepak
Dan ada yang beransur pulang lepas kekenyangan
So harapan nak dapat makanan cepat adalah tinggi yeay !

Kami pilih Alaa Kassim
Ada beberapa lagi gerai lain
Tapi rasanya yang famous Alaa Kassim je kot
Yang lain tu tak pasti la. Tapi ada je orang makan-makan
Terpulang selera dan poket masing-masing ye



muka tak mandi p makan ikan bakar



alaa kassim ni belah tepi sekali
kalau datang, tengok yang paling ramai tu, hah yang tu lah
takde proper kaunter
mak bayar just pergi kat depan tu yang amoi 2 orang tengah berdiri tu




siakap, udang 4 ekor, sotong 3 ekor
mula-mula aku tak nak siakap
pastu adik aku tu la nak jugak
dah la siakap besar-besar semua
amik je la 1





sebab dah tak ramai, cepat je dapat nasi lemak
diorang akan hantar cili kicap sekali




siakap. bagi 2. sebelah buat sweet sour
to me rasa dia okey okey la
takde la sedap teringat takde la tak sedap
tapi suka ikan dia garing
tapi kuah tu tolong la bagi lebih sket ye huhuhu



sebelah lagi buat bakar sambal
not bad la
tapi aku tak makan sangat yang ni
sebab aku suka ikan garing-garing
bakar ni aku kureng sket



udang sambal
yang ni sedap sangat
sedap teringat-ingat sampai sekarang !
hahahahaha
ni adik aku makan 1, aku makan 3. hihihi




sotong tepung
okey la not bad
tapi kau ni tak sejat minyak ke oi
or at least alas tisu ke
menjejes minyak kat bawah tu




nasi lemak sedap
cenonet je. nasi dan sambal semata




matik la makan berdua banyak macam ni
naga betol
end up tak habis, except udang sambal
lain semua tapau bawak balik




total damage RM 68.20
ntah murah ke mahal tak tau la
berbaloi la agaknya sebab ikan besar, sambal udang sedap. cuma sotong tu oily sket
sayur takde order, sebab dah habis wuhuhuhuhu

to me, kat sini takde la sedap menggila
tapi ok la. sebab bagi bintang lebih kat sambal udang
tu memang to die for
eh taste bud orang kan lain-lain
kalau nak sedap dan murah, jom ke muar, sabak awor
siapa nak ikut !!!


lets klik !!

Baby Izzah dan Maklong nya Part 2

$
0
0
Assalamualaikum

Hihi
Baby Izzah punya pasal, siap ada part 2 !
Part 1 baca kat sini  Baby Izzah dan Maklong nya

Ahad lepas, pergi jumpa baby Izzah lagi
Cannot tahan geram-geram

Kali ni pergi dengan adik no 2
Ahad dia off. Dalam pukul 12 macam tu gerak
Tapi pergi family store dulu
Adik no 2 nak beli hadiah baby




hamper dengan bantal fiffy adik no. 2 bagi
maklong bagi kasut raya dengan stokin raya je hihi




cam beso plak kan
takpe time raya tu dah besar sket kot dia
tak sabo nak tengok dia pakai kasut raya
mau aku gigit-gigit kaki dia nanti hahahaha





eeee tomel tayang iye ni
tidoooooooo je
baju beso
dah macam gown mak long tengok



sorry muka maklong harus tutup
betapa seronoknya kau izzah
lena sangat
maklong empuk gitew la
lalalalalalala




adik no 2 terror
dia suapkan susu botol
siap sendawa kan
pandai nya 
maklong fail
ni baru lepas minum susu
elok plak dia bertenggek gitu
macam merenung masa depan je kamu ni Izzah oiii





eee senyum pulak
geram betul
rasa nak gigit-gigit je hahaha

baby Izzah !
kita jumpa raya nanti
jangan lupa pakai stokin raya dengan kasut raya tu
nanti kita selfie sesama
hiks !



lets klik !!

Jun, July hurm

$
0
0
Assalamualaikum

Bersawang kejap blog ni

Selamat Berpuasa semua
Semoga segala amalan kita di bulan yang mulia ini diterimaNya

Sekejap je dah pertengahan tahun
Jun..
Bulan yang tak berapa nak baik untuk aku
2 kali di timpa malang yang tak berbau tu
Tak nak cerita la apa yang jadi
Berdoa semoga Allah melindungi aku hari ini, dan masa-masa akan datang. Amin..
InsyaAllah
Dan semoga kita semua dilindungi olehNya dari perkara yang tak baik

Project manager dah resign
Balik company lama dia
Semalam last day
Boringnya
Sebab aku senang bekerja dengan dia
Dia memang selamba je
Senang nak berbincang, jenis tak kesah
Sekarang under project manager lain pulak
Harap dia pun ok lah

Costing raya tak buat lagi
Huhuhu
Takde mood langsung nak fikir raya
Baju kurung je dah siap 2 pasang
Tu je lah
Takde nak fikir tudung raya ke kasut raya ke handbag raya ke
Ah lantaklah
Fikir nak tukar RM untuk bagi duit raya je
Bila bank start boleh tukar duit raya eh?

Ok lah
Aku dok berceloteh kat sini
Atas meja ni macam kene gerak gempur
Berserabut dokumen, paper work, proposal ntah apa jadah lagi atas meja ni
Nak start mana 1 pon tak tau! Arghhhhhhhh

Ok bai nak pergi pejabat tanah alor gajah



lets klik !!

minggu 1 - bazar ke bazir ni ?

$
0
0
Assalamualaikum

Admin tidak bertanggungjawab sekiranya anda keliur tengok gambo makanan. Sila kawal nafsu sendiri. Dah nama pon blog makanan kan.

Busy. Sangat busy
Itu je nak cakap. Hahahaha

Bulan puasa ni aku stay dekat Bukit Baru, rumah adik aku tu
So kiranya puasa perantauan jugak lah ye
Walaupun nak balik rumah mak bapak 1 jam je hahaha

So dah duduk membujang ni, makan tu asal main beli je la
Hari isnin hari tu balik rumah sana. So berbuka dengan family semua la
Selasa - Rabu bantai bazar ramadhon *read bazir ramadhon*

Ye bazir ramadhon sangat aku dengan adik aku ni
Duduk berdua, makan untuk berdua je 1 hari habis nak RM 30
Itu sehari ye
Kalau seminggu ?
Tak ke nak cecah RM 200 jugak

Hoih
Tak boleh tak boleh
Maka kelmarin pergi beli gas
Hahahaa
Ye
Rumah minah itu baru nak beli gas
Dapur pun baru beli hari ahad hari tu hahaha



Menu berbuka hari selasa:



Nasi ambeng RM 5
Mengidam sangat nasi ambeng ni. Sebab pada aku susah betul nak cari nasi ambeng kat melaka ni. 
Ni beli kat bazar ramadhan bukit baru




Karipap (epok-epok kot)
Beli 2. 1 sardin telur 1 lagi kari ayam
RM 4.50 untuk dua ni




Murtabak. 2 keping RM 7.00

Dan lain-lain. Beli kek gula hangus RM 2. Air sorang 1 dah RM 4. Adik aku beli Nasi ayam + ayam goreng RM 7 (ye dia beli nasi ayam pastu beli lagi ayam goreng). Total hari selasa je dah nak RM 30. Tapi tak bazir la sebab murtabak tu makan masa sahur. Nasib baik elok lagi



Menu berbuka hari rabu:



Aku beli nasi ambeng lagi ! hahahahah
Kali ni kedai lain. RM 6. Banyak nak mam. Tak habis pun. Makan lauk-lauk je

Beli lain-lain. Kueytiow adik aku RM 2. Dia beli ball cucuk-cucuk tu 2 = RM 2. Pastu nampak ada orang jual tako beli pulak RM 6. Pastu beli karipap yang sama macam hari selasa tu RM 4.50. Adik aku beli cendol RM 4. Aku beli cincau RM 1. Beli lagi kek gula hangus RM 2. Itu pon dekat nak RM 30 jugak la habis -_-

Tapi rugi kat nasi ambeng tu la. Tak habis. Kenyang gila. Aku rasa nasi tu aku makan 2-3 suap je kot. Makan lauk je. Tak boleh masuk konyang gilo. Rugi-rugi. Kalau dok rumah sendiri, tak habis campak ke reban ayam 


Menu berbuka hari khamis:



ye gitu !
Dengan kos tak sampai RM 10 pon
Ayam sambal. Beli ayam 3 ketul (drumstick) tak sampai RM 5
Pastu beli kobis cina yang kecil tu. Tak sampai RM2 pon
Jimat-jimat

Ok hari ni nak masak apa pulak ??

*Kakzakie, saya dah dapat email tu. Tapi belum ada masa nak reply balik Huhuhu. InsyaAllah nanti saya reply*


lets klik !!

manusia yang semakin hilang pertimbangan

$
0
0
Assalamualaikum

Rata-rata mesti ada yang baca surat khabar / tengok berita
Tentang seorang anak berusia 17 tahun maut di pukul bapa sendiri, di Alor Gajah Melaka
Sebab menyuarakan hasrat nak bekerja bantu keluarga
Kerana dia tak sanggup tengok adik-adiknya berbuka puasa dengan makan bubur nasi dan air kosong hari-hari

Speechless
Manusia sekarang makin hilang pertimbangan
Bulan puasa
Syaitan dah kene ikat
Apa yang merasuk bapak dia sampai bertindak macam tu sekali ?

Di saat kita berbuka sedap-sedap
Pergi bazar beli macam-macam dengan rambang matanya
Sampai tak terhabis makan
Ada segelintir yang berbuka, dengan hanya makan nasi kosong, minum air kosong

Insaf.



Al-fatihah kepada mangsa. Semoga syurga tempatmu

Al-fatihah Sharifah Aini. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman

Al-fatihah Memen (anak kepada Linda Rafar). Semoga tenang di sana






lets klik !!

jimat jimat

$
0
0
Assalamualaikum

Salam Ramadhan hari ke 10
Terawih malam ni ke 11 lah ye dak (betulkan kalau saya silap)
Lagi 4 malam dah separuh Ramadhan
Cepat nya masa berjalan

Semalam berbuka simple je
Balik kerja singgah Tesco
Beli ayam 2 ketul (drumstick), beli sayur sawi se-ikat, beli timun sebijik, kentang 5 bijik, suhun 1 pek, dengan serbuk pati ikan bilis
Hehehe
Duduk rumah bujang yang takde peti ais, semua beli sket-sket je

Sampai rumah 6.30pm
Terus masuk dapur
Rendam bihun
Potong ayam, sayur, bawang merah + putih, 
Kelentung kelentang kelentung kelentang 
Siap !!





Alhamdulillah
Bihun goreng jadinya.





Bihun goreng dan sambal bilis kering tu mama masak. So kita tapau je dari rumah kelmarin hiks !

Bihun masak banyak. Sahur pagi tadi pun makan bihun lagi. Senang kerja. Tak kuasa basuh kuali banyak-banyak kali hohoho

Cadangnya hari ni nak masak sambal sardin, dengan tumis air suhun dan kentang.
Gitew. Awal lagi dah fikir. Hahaha



lets klik !!

Sederhana

$
0
0
Assalamualaikum

Minggu ni rajin la jugak
Setakat sampai hari ni,belum pergi pun bazar
Bukan kedekut
Tapi rasa malas. Lepas tu kadang-kadang bila pergi bazar, sampai satu tahap rasa "dah tak tau nak beli apa"
Padahal bazar ramadhan punya panjang, makanan punya banyak
Mewahnya nikmat makanan kita kat Malaysia
Sampai tak tau nak beli apa

Balik kerja pergi Giant
Teringin nak cucur bilis Adabi tu
Pastu beli ayam bahagian isi seketul, udang buat rencah, sawi sket
Beli untuk sekali masak je



Balik kerja goreng cekodok dulu
So semalam berbuka cekodok bilis Adabi je
Kenyang. Alhamdulillah

Then lepas Maghrib, baru tung tang tung tang masak mee hailam
Tapi, masa kat Giant tu, takde mee kuning, Habis. Ceah
So beli la dried noodle je




Less kicap. So tak hitam la pulak
Corn flour takde. Maka cair lah sket
Walaubagaimanapun, bersyukur kita. Sebab masih berbuka dengan aman dan tenang





Dalam masa yang sama saudara mara kita di Palestine entah berbuka ke tidak
Apa mereka makan
Sahur ke tak?
Ya Allah kau lindungi lah saudara mara kami di sana
Semoga mereka selamat, dapat berpuasa dengan tenang, berbuka dengan makanan yang sedap, menyambut Syawal dengan gembira

lets klik !!

terima kasih daun keladi

$
0
0
Assalamualaikum

Semalam berbuka tak masak.
Adik aku tu ajak makan kat luar.
Terima kasih ye belanja.
Lain kali belanja lagi huk huk huk

So semalam makan kat Rowsix, Aeon Bandaraya
Mula-mula nak makan kat The Chicken Rice Shop
Baru pukul 6pm masa tu, tapi dah full book. Tsk -_-
Takpe takde rezeki. Lain kali



sebab kelmarin tak makan nasi, maka semalam mesti nak makan nasi jugak
tomyam goong with rice and chicken satay

adik aku tu makan apa ntah
macam nasi ayam. tapi ayam dia berempah grill
sedap
rowsix ni makanan dia banyak penggunaan serai
so rasa tu sedap je. dan wangi




minuman kami. aku minum watermelon lychee, adik aku tu minum lychee branch

Alhamdulillah makanan kat Rowsix tak pernah mengecewakan
selesai makan, cepat-cepat nak pergi solat Maghrib
tau-tau je lah
Aeon punya besar, tapi surau 1 je
Yang nak sembahyang ramai
Kene tunggu amik wuduk, tunggu telekung
Tunggu ruang untuk solat
Nasib baik kami cepat makan dan cepat pergi surau


Dalam Aeon kat ground floor tu dah penuh kiosk kiosk sempena raya
baju raya, tudung raya, baju melayu, aksesori wanita, baju kanak-kanak, perhiasan rumah, makanan, kuih raya itu ini itu ini
Ish banyak betul



kiosk ni. kenyang makan tester je
kejap dia bagi tester kek coklat, kek marble, itu ini itu ini
kat kiosk ni kami beli popia mini udang
sedap pedas. RM 28 sebalang





balik je terus unsealed balang popia tu
mengadap 2 beradik makan
tengok la dah tinggal banyak mana
betul kata tuan kiosk tu
mesti popia ni tak sempat tunggu raya hehehe

lagi 1 tu, kuih kapit kacang
tengah lipatan tu ada kacang tumbuk
sedap. RM 20 sebalang
katanya nanti ada perasa lain datang. coklat. dia suruh datang minggu depan
InsyaAllah ye dik

Dalam masa yang sama, jangan lupakan saudara kita di Gaza
Jangan putus berdoa
Jangan pernah putus berdoa
Semoga Allah lindungi mereka di sana
Semoga keadaan kembali ke sediakala, dengan kuasaNya
Amin..



lets klik !!

Wong Solo Bandar Hilir

$
0
0
Assalamualaikum

Alhamdulillah dah separuh Ramadhan
Semalam 1 hari suntuk pergi bawak adik-adik yang 4 orang tu shopping
So berdedai - dedai lah 5 beradik mencari kelengkapan perayaan
Adik-adik je
Kakaknya tak beli apa pon
Just baju kurung je dah siap tempah
So saya hanya ada baju kurung raya je 2 pasang
Dan beli blouse sale KZ Nabihah kat Pop Donna bulan lepas, RM 30 sehelai
Settle.

Mula-mula pergi Parkson Sale kat MITC
Oh boleh tahan ramai orang
Ramai bergesel-gesel bahu jugak la nak memilih-milih kat rak tu
Aku bukan cerewet
Tapi aku ni, tempat yang crowded sangat ni, aku lemas
Last-last adik-adik aku tu tak beli apa pun
Then pergi kedai-kedai baju area Kota Fesyen tu
Zohor dulu kat Masjid MITC, then pergi Mahkota Parade
Berdoa dalam hati supaya tak sesak
Yes tak sesak. Cuma nak cari parking kat Mahkota Parade tu ada hazab sket

Baba ajak berbuka luar
So kitorang pergi booking dulu kat Wong Solo
Sebelah Mahkota Parade je
Dah settle booking, masuk dalam melayan adik yang 4 orang tu shopping
Aku just beli t-shirt raya untuk baba
Dengan beli handbag raya untuk mama
Lepas tu diorang dah beli banyak-banyak kat dalam Parkson Mahkota Parade tu, dapatlah voucher



RM 60. Boleh beli handbag. Tambah sket duit ke. Beli yang murs murs je sudah 


Pukul 7pm terus pergi Wong Solo. 
Mama, baba dengan maklang sampai pon sharp pukul 7pm tu
So tunggu je kat dalam tu
Sambil keliur-keliur bau sambal ayam penyet -_-



Kurma, tembikai, air mineral dengan sambal-sambal dah siap ada atas setiap meja




Yang merah tu podeh gilo. Tapi sedap
Yang hitam tu manis pedas. Pun sodap




Kitorang sampai je dia terus letak air
Godaan apakah ini
Air tembikai depan mata -_-


Mari lihat menu apa kami order
Kami amik set Surabaya 4 RM 90++
Dalam set tu ada



empal bakar - sedap



ayam penyet - tak sempat rasa tapi sedap theyols kata




ayam bakar - sedap




tempe dan tauhu goreng. ada 2 plate dalam set yang kami amik ni




kangkung goreng pun ada 2 set jugak
dan tak kedekut. portion banyak
bukan batang kangkung semata-mata




bawal masam manis. sedap tapi kuah dia biasa je. rasa sos cili sangat




Add on. Terung balado - sedap 




Add on. Cap cay - sedap




Add on. Ayam lada hitam - sedap




Add on. Cumi goreng tepung - sedap




Muka menahan godaan air tembikai
Alhamdulillah makanan kat Wong Solo ni sedap-sedap
Dan berbaloi dengan harga
Makan banyak gini total damage tak sampai RM 200
Pelayan pun baik. Tempat bersih
Dan ada surau kat tingkat atas
Dah kenyang jangan lupa pulak Maghrib ye

Restoran Wong Solo
Bandar Hilir ( Depan McD Dataran Pahlawan / sebelah Restoran Upin Ipin)
Tel: 06-2841336

Buka puasa elok lah booking awal
sebab memang full house


Kita makan sedap-sedap
Apa khabarlah saudara kita di Gaza
Ya Allah kau rahmatilah Ramadhan mereka


lets klik !!

Wong Solo lagi kau ni

$
0
0
Assalamualaikum

Viral sungguh video wanita yang maki hamun uncle sebab kereta dia kene langgar tu
Kalau di lihat, takde la teruk mana. Mungkin calar sket kan
Yela. Kalau excident, siapa tak marah, emosi. Tapi, kan semua tu kita boleh kawal
Emosi kita. Kita sendiri lah kawal kan
Nak-nak bulan puasa ni
Tu baru excident sket, kalau teruk, tak tau la. Silap-silap bukan dia bawak stereng lock agaknya, bawak parang terus aku rasa
Syukur lah masa aku ada case excident bulan lepas aku ni masih ada iman.
Kalau tak, dengan aku sekali masuk you tube agaknya hahaha
Ok tak nak story excident tu. Pppfffttttttttt

Semalam berbuka kat luar
Nak celebrate birthday member sekali
Memandangkan aku cakap dengan kawan-kawan Wong Solo tu best, maka diorang pon nak makan kat sana
Walaupun baru ahad lepas pergi (entry sebelum ni), takpe aku on je
Lagipun sedap kan

So booking earlier. Pukul 3pm call booking sekali order makanan
Request nak duduk tempat bersila




Aku makan set empal sapi
Dengan air soda gembira




Kawan yang lain
2 orang makan set ayam penyet, sorang lagi set ayam bakar




Tengahari semalam keluar beli kek
Black forest




Birthday girl, Aishah
Selamat hari lahir Aishah
Akak doakan panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik




Kami berempat.
Alhamdulillah. Walaupun kami bertiga dengan Aishah dah tak sama tempat kerja, dia dah kerja tempat lain, tapi persahabatan tu sentiasa di situ

Keep praying untuk saudara kita di Gaza
Semoga Allah merahmati mereka di bulan yang baik ini




lets klik !!
Viewing all 363 articles
Browse latest View live