Assalamualaikum
Alkisahnya sabtu lepas, balik kerja 1pm tu amik bff aku si odah kat rumah kakak dia kat bukit katil. Aku kan wedding consultant tak rasmi dia. kakakaka
So plan nya petang tu nak pergi jumpa photographer dengan pergi bridal.
Tapi pergi makan dulu kat windmill bukit beruang
Tengah-tengah makan dia bersuara,
Odah : Along, boleh tak kita pergi pop donna dah alang-alang ada kat sini
Along : huh ? pop donna apa tew ? eskrem ke *manjang ingat makanan je dia ni*
Odah : Butik. Ada macam-macam jom la pelizzzzzzzzzzzz *sambil buat muka lisa surihani kau ingat kau comel !*
Along : alah lain kali la. ni dah pukul berapa. nak jumpa photographer lagi, nak pergi bridal-bridal lagi pot pet pot pet *see menjalankan tugas sebagai wedding consultant dengan baik kan LOL*
Odah : alah boleh la. sekejap je. setengah jam je pelizzzzz *buat muka comel lagi*
Along : Okey la okey la. Tapi setengah jam je. Lebih, aku heret ko balik *garang tak garang tak *
Odah : yeayyyyyyyyyyyyyyy
So lepas makan bergerak lah 2 ketol bff tu ke Pop Donna yang menjadi pujaan si odah tu
Location, atas PHD Delivery. Ada banner Pop Donna
Masuk-masuk je, "phewww ini tempat hijabista-hijabista sekalian. Apa kah aku yang bertudung bawal instant buat kat sini ????" gitew perception nya
Takpe kita masuk dulu
Yang kawan aku si odah dah menghilang di sebalik rak- rak susunan shawl baju skirt dan berbagai-bagai produk
Lalu aku membawa diri
Pop Donna terbahagi kepada 2 bahagian
Bahagian 1 adalah pakaian-pakaian dan shawl dan stokin muslimah dan sarung tangan muslimah dan owh ye ! Handbag. Oh ye ada lagi ! Aksesori
Bahagian 2 terdapat pelbagai makanan seperti pretzel, congo bars, pepero, cadbury jar, popcorn, caramel, butterscotch eh bla2 eh banyak nya ! Aku teruja di sini je hahaha. Eh ada lagi ! Jelly shoe yang buat si odah tu separuh mereng kat situ. Aku tak boleh pakai jelly shoe. Tenggelam ! hahaha
Sementara si odah asyik dengan dunia pop donna dia, aku meneroka segenap inci butik ni. So layankan gambar je lah ye
Sementara kawan anda shopping, anda boleh duduk kat kerusi empuk tu di temani bear itu
kawan baik ku yang hilang arah setelah masuk pop donna. semua benda yang ada dalam pop donna membuat dia teruja
si bukan hijabista macam aku sila duduk tepi -_-
jelly shoe yang berlambak yang membuat dia separuh gila jugak
dan memaksa aku beli sekali sebab 2 pasang hanya RM 50 !
oh memang tak la. bukan jelly shoe jadi nya. seksa jelly shoe tu bertuankan aku nanti
so takpe kita selfie je
odah yang gembira tak terkira dan peneman a.k.a wedding consultant peneman setia
pretzel dan almond apa ntah dan sebelah tu congo bar
section makanan. eh tepi tu ada kek coklat anis dengan cookies
caramel dan butterscotch dan popia nestum dan cadbury jar
popcorn dan tempe sambal yang kering tu
pepero kat atas tu !
so para pencinta fesyen dan hijabista dan pencinta makanan juga, ramai-ramai serbu Pop Donna !
nescaya muka anda akan terpampang dalam insta Pop Donna !! kikikikiki
bawak duit yang mencukupi dan pastikan nafsu shopping anda di paras normal. eh tapi masuk Pop Donna nafsu shopping terus di paras bahaya ! hahahaha macam si odah tu kikikiki
Selamat bershopping !!!
Pop Donna Concept Boutique
No. 19-1, Jalan BBU 2,
75450 Melaka
Landmark: Atas Pizza PHD Bukit Beruang
lets klik !!