Quantcast
Channel: Fazleyatul Aini (Lya Colours)
Viewing all 363 articles
Browse latest View live

launching lagi.

$
0
0
Assalamualaikum

Dah masuk December. Alhamdulillah. Then tiba-tiba dah 2014. Tiba-tiba umur aku dah 27 !! Lagi 3 tahun masuk 30 ! Arghhhhhhhhh. Kenapa macam rasa baru je habis SPM. Wakakaka perasan muda sangat

Sabtu hari tu ada launching project lagi. Kali ni launching kat site. Rembia. Depan AUO Sunpower tu. Projek rumah teres 1 tingkat dengan shop office 2 & 3 storey. Respon sangatlah baik. Bumi lot tinggal 2 unit je kot masa tu. *Bos, kalau dah untung tu, jangan lupa bonus lebih sket * hakhakhak jangan nak mengada




start pukul 10am macam tu. 




disebabkan ni site, tak payah nak feeling pakai heels sangat. tergolek terus nanti




 kakak ketot pipi selambak senyum tak nampak mata




kakak koya ada seketul jerawat di pipinya




kawan-kawan kakak




kakak jaga registration




budak-budak faithview memang gebu gebas




bos berucap




VVIP adalah YB Datuk Hajah Norpipah, Dun Rembia (yang kecik molek tengah tu)




makan time. lapau gila ok. Dah lah paneh. 




I took this. Tak bleh makan banyak sangat sebab lepas launching attend kenduri akikah kat rumah member, kat telok mas

Launching habis dalam pukul 2pm macam tu. Terus blah. Dengan member berdua pergi Telok Mas, kenduri akikah tu



datang dah lambat. tak dapat la merasa kambing golek. tapi still ada rezeki untuk menu lain. nasi arab. sedap woih



goodie bag. melampau kan sampai dapat 2. dah lah datang lambat. hahaha. itu namanya rezeki orang datang lambat ngeh ngeh ngeh

Melak hujan pagi ni. so malasssssssssssss


lets klik !!

cuti sekolah dan makan nasi minyak memang tak dapat dipisahkan

$
0
0
Assalamualaikum

Punya panjang tajuk
Tapi tu la kan. Aku rasa bulan 12 ni tiap-tiap minggu ada wedding invitation
Mak ayah aku lagi la banyak invitation diorang kot
Haih bila la aku nak invite orang kannnnnnnnn *krik krik krik*

Ahad lepas ada 3 wedding. 1 tu orang kampung sini. 1 lagi anak staff baba. 1 lagi kawan baba punya anak merangkap mama punya bekas anak murid merangkap kawan 1 kelas aku masa sekolah rendah. wahahaha paham tak rantaian dia tu? buat-buat faham dah




sabtu malam hari tu kawan masa sekolah menengah datang rumah bagi kad kahwin dia. dia kahwin 29/12 ni. Sempat borak-borak sejam lebih jugak depan rumah. Tanya dia pasal wedd preparation dia, berapa banyak ongkos kahwin. Agak telan ailio jugak la aku dengar kos kahwin yang macam-macam ni kan





Ni rumah pertama. Dekat Tanjung Bidara je. Makan buat syarat. Tak kan tak jamah walaupun kenyang breakfast earlier kat rumah, tetap aku balun. Gila tak makan nasi minyak orang kan. Rugi - rugi. Sama macam amik berkat. Rugi tak amik berkat orang kawen. Wakaakak




Rumah kedua yang anak staff baba kat Air Molek. Ni lagi rugi tak makan weyh. Ada favorite sepanjang zaman, tempoyak daun kayu. Siap ada petai. Memang lupa diri aku cilok mama punya petai. Hahahaha.




Rumah ketiga aku tak makan. Sebab ramai gila tetamu dia. So tak dapat seat. Lagipun lauk sama je. So aku jamah kuih je 1. Mama dengan baba je makan. Tapi dapat goodies, ada red velvet cheese cake kau. Kerlasss sangat



red velvet cheese cake dia yang sedap nak mamssss. Tak muak. Just nice. Dah separuh bedal baru nak amik gambo kan. Nampak sangat kekebuluran di situ



ni hasil hari ahad hari tu. Gempak btol goodies orang sekarang. Siap ada popcorn. Belum masuk cheese cake tu lagi, moist choc lagi, muffin mighty white tu lagi. Ish macam-macam kan.

Tapi kalau aku yang kawen lah kan, ni dah cakap dengan adik2 aku sume la. Aku kan klasik. Hahaha. So aku nak bagi telur dalam tisu, tak pon dalam plastik kilat-kilat




< sumber: google image >

ha macam ni. mak suka nyah. Tapi dah tak jumpa pon sekarang kan. So klasik. I like like like



< sumber: google images >

tak pun macam ni. hahah suka suka suka




< sumber: google images >

nak comel sket macam ni. kan. dulu-dulu pon pakai kotak je


berangan je lah dulu woi !! krik krik krik



lets klik !!

disember habiskan sisa-sisa cuti

$
0
0
Assalamualaikum

Kejap je dah hujung tahun kan. Rupanya cuti aku ada lagi 11 hari ! kahkahkahkah. Aku ingat tinggal 6 hari je cukup-cukup nak p trip next 2 weeks tu. Rupanya tadi confirmkan dengan HR, ada lagi 11 hari. So aku dah amik cuti esok lusa nak pergi adik aku konvo kat UTM Jalan Semarak tu. Matik la aku memang tak tau jalan kan. Harap GPS berfungsi dengan baik. 

So esok cuti 2 hari, trip tu amik cuti 5 hari. Ada balance lagi 4 hari. Hah balik trip sambung lagi cuti. Ahhaaa best best cuti tido je la kan kat rumah

Trip next 2 weeks. Hurm tak sabar. Jakun gitu. Kalau nak pergi sendiri memang nan hado la kan. Tak mampu uols. Ni dah di sponsor, harus la ligat kekdahnya. Tapi sebelum nak pergi pon macam-macam gak nak kene beli. Sebab kat sana tu winter. 1 hape aku tak prepare. Malas. Semalam just survey je kat Mahkota Parade. Banyak dah winter sale. Tapi mood nak membeli tu memang tak mari langsung. Mahal pon ye gak. Pitams. 

Nak ke mana trip tu. Nantilah bagi tau. Kang orang cakap riak plak. Padahal saya insan biasa yang tak mampu nak pergi sendiri hanyalah di sponsor kekdahnya.  -_-




Sudahkah anda melunaskan cuti -cuti anda?


lets klik !!

doctor's convo day

$
0
0
Assalamualaikum

Sabtu hari tu 7Dec pergi konvo adik aku yang no 2 tu. Kat Egypt kan takde konvo, sebab masa tu kan kat sana tengah serabut. So mara arrange konvo kat Malaysia je. Konvo kat UTM Jalan Semarak

Konvo very santai. Tak protokol sangat macam biasa. Takpe janji konvo yang penting kan. 6 tahun menuntut ilmu di negara orang. 2 kali mengalami keadaan getir kat sana. Alhamdulillah dah selamat semuanya. Sekarang tunggu posting je

Gerak dari rumah 5.15am. Singgah subuh kat R&R Seremban. Sampai UTM dalam pukul 8am kot
Gambar super banyak. Ni aku pilih yang mana ok, resize baru upload sini. Jemputlah menjamu mata ye



sementara tunggu nak masuk hall. Cuaca hari tu best. Tak panas. Mendung tak mendung sangat. Damai je kan



us



dapat goodie bag sorang 1. dalam tu ada kuih-muih dengan puff. dengan buku convo




para doktor. yang konvo hari tersebut dalam 120 ++ orang



muka ceria dah grad =)



dalam hall



yang flying kiss bagai tu memang gedik sket



Dr. Izzati



happy sissy



oath



oath



happy familia. tudung biru cousin. gigih bangun awal pagi nak ikut



gambar passport versi dari sisi 



proud pa ma and maklang. maklang tu la yang jaga kitorang 5 beradik. dari aku lahir sampai yang bongsu. dari kitorang kecik sampai semua besar almari. wakakaka ok paling almari aku la kan -_-




proud parents



kat belakang tu ramai tunggu turn nak amik photo atas stage. kita amik tepi stage dulu kikiki



para doktor perempuan



para doktor lelaki



ala-ala wall of fame gitew 



finally. family photo. yang bongsu takde. tak dapat datang, praktikal. 

we welcoming a doctor in the family.alhamdulillah ada jugak seorang. nak harap kakak nya, jangan harap. berangan nak kawen je koje. gagagagaga

congratulations darling. you truly deserve the success bebeh. and remember, hard work is not over when you graduated. it's just a break as you enter the new battlefields of life. best wishes for your career ahead!

gitu ucapan tetiba omputihs sangat ngeh ngeh ngeh



lets klik !!

Hadramawt Palace, Bukit Bintang

$
0
0
Assalamualaikum

Sambung. Balik dari konvo tu, cari tempat makan. Lapo kekdahnya. Lapo dan mengantok actually. Dah kata bangun belum subuh kan. Mau mata tak berat. Dasar kuat tido 

So adik bujang cakap nak makan nasi arab. Oh whatever lah janji makan. Lapaq ok. Sekali tak terfikir kalau makan nasi arab, dia punya mengantok memang tak boleh blah. Orang lain aku tak tau la. Tapi aku, kalau makan nasi arab, memang mengantok tahap nak tutup mata then padlock terus hahaha

Adik bujang main drive je sebab nak cari hadramawt palace tu. Kalau aku memang sah la tak tau kan. Ntah celah mana dia bawak, tiba-tiba sampai



front elevation. tempat parking agak huru hara sket. sebab belah kanan ni dia punya pavers tu tengah repair ke apa tak tau la. sebelum tu hujan agaknya, ada water ponding. aku ingat boleh lalu sebab ponding, mana nampak pavers tu tak elok. sekali lalu, gedegakkkkk. hahahaha bingai. pengajaran, elakkan water ponding. ngeeeeee


Sampai tengok menu. Bab order mengorder ni memang anak-anak punya kepakaran la. Mama baba redho je wakaka



Chicken madghout. Portion besar ni boleh makan 4 orang. Itu pon jenuh nak perabih. Nasi sedap sangatttt. Sangat lembut



Mandy chicken. Order 2. 1 pinggan ni boleh makan 2 orang. Pon sedap sangat nasi dia. I wonder macam mana nasi dia di masak lembut dan sedap. Makan nasi je pon sedap weyh




chilli sauce dia. sedap tapi tak pedas sangat la. you know me, pedas and I cant be separated gitew 




di sebabkan ada baca kat several blog yang mereka makan roti besar bagak ni, so aku dengan gembiranya hasut mama untuk order roti bagak ni. wahahahaha. Mullawah. Beso talam. Pandai-pandai waiter place kan depan akak kan. Hah hambek kau. Tapi walaupun besar bagak ni, kebarangkalian certain part tak masak ke tak garing ke ada lah kot kan. Tapi ni tak. Elok garing weyhhh. Sodap gilos. Makan gitu je pon sodap. Tapi mama ada order Fahsa. cicah dia la. pon sedap. aaaa nangis. dan hanya ada di KL. melaka takdok. wuhuhuhuhu



ni baba order grilled chicken. disebabkan dah tak muat meja, si waiter tu suruh kitorang lipatkan mullawah tu then dia place kan plate grilled chicken ni dalam dulang. ngeh ngeh ngeh. oh btw, grilled chicken pon sedap noks



macam nak sama beso je mullawah tu dengan muka aku wakakaka 




baba dok cakap, anaknya dok sebok amik gambo. nak nak yang tengah tu, tengah kunyah mullawah lettew. oh ye, kitorang semua order fruit juice, except aku yang ko letak la celah mana pon, tetap ice lemon tea. yang putih tu, honeydew shake. adik aku punya, aku tibai sket. sodap max

So overall,

Foods: sedap
Price : a lil bit pricey. price boleh check out kat website Hadramawat Palace
Environment: selesa. dalam fully aircond. ada outdoor seat jugak. interior cantik. very the timur tengah gitew

Total damage nearly RM200 kot. 190++ kalau tak silap. Takpe sekali sekala celebrate kan. Yang penting baba yang belanja. Ngehehehehe


Restaurant Hadramawt Palace
No. 251, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur


Dah kenyang tu, gerak la balik Melaka. Dengan mata mengantoknya kan, dah la aku yang drive. Sekali, baru sampai susur nak keluar ke seremban/nilai tu................


hah hambek ko. bergerak macam siput. siput pon laju weyh. aku dengan mata mengantok, perut kenyang, jammed lagi, memang nak naga berapi kat situ gak la. dah la somewhere lepas nilai kot, hujan lebat gila, lagi la aku ngantok. siap tampar pipi. ntah berapa bijik kopiko aku bedal pon tak jalan. sampai hentian senawang, tukar driver. adik aku bawak. aku bantai tido. warghh terbaik. bangun tido kepala fenin -_-



lets klik !!

loghat betul minah ni

$
0
0
Assalamualaikum

Counting days to cuti-cuti. Pada yang tanya aku nak p mana tu, maafkan lah diri ini yang konon nak berahsia sangat macam kan nak jelajah planet marikh kekdahnya. Macam ada orang kesah kan. Lalalalaalalalalala danggggggg




Ni last friday. Peneman cari winter jacket. Ada lagi sorang peneman tapi sebab duduk tepi aku, memang tak masuk la muka ko dalam frame ni woih. Makan popcorn sementara tunggu foods. Tak tengok wayang pon. Beli popcorn je. Adik aku la tu teringin la apa la. Ngengada sunggoh !




yeay dah sampai. lambat gila ok service. tapi diorang say sorry la sebab lambat tak cukup staff. Takpe la kita senyum je la walaupun tak munasabah lambat tu. adik bujang aku tu makan chicken and pasta meal. sedap jugak spaghetti dia. tak pernah try pon. sebab asal datang sini makan ayam je kan




amik quarter meal. side dish amik potato salad, mac & cheese dengan mashed potato & gravy. mashed potato tu tawaq hebeh. memang la moto ko less salt. tapi ni bukan less salt dah, no salt woih ! ggggrrrrrrrrr




akhirnya, puas tour 1 aeon tu, jumpa winter jacket kat FOS dengan harga RM 139 only ! ni kira dah murah la. sebab kalau masuk universal traveller memang cekik darah punya. boleh nangis nak bayar di luar kemampuan iols k. tapi kat mahkota parade ada winter sales jugak. Ada murah lagi  -_- takpelah makcik redho. Demi nak nampak gegirl sangat, amik line color pink. gegirlnya iolsssssssss





saya ni nak pergi company trip sebona eh. pergi Hokkaido. kan dah cakap trip sponsor. kalau nak pergi sendiri, kumpul duit bonus 3 tahun la aku woi. memang tak mampu la makcik. terima kasih boss. eh macam bos baca blog ko. so saya pergi 18 sampai 23 baru balik. pastu sambung cuti sampai 27, sebab nak clearkan leave punya pasal. 

tengok suhu 18 - 23 tu. kill kill die die. duduk office pon bukak aircond 25c je woih. 



semalam dah tukar yen. alhamdulillah merasa gak pegang yen



semalam pergi beli kasut kat mahkota parade. beli sport shoe. senang. takde la aku sakit kaki nak pakai boot apa kejadah ntah. tak kosser. kang nak melawa la apa la, kaki aku sakit. memang aku amukan. nak tampung badan lagi. gagagagagaga. biasalah. kalau dah nama shopping bertemankan adik, harus ada upah. pergi makan nan cheese kat pak putra. dah bosan ayam tandoori, so amik butter chicken. nyam nyam sangat

itu je bye.


lets klik !!

apa lagi kan, random laaaa

$
0
0
Assalamualaikum

Macam tak biasa kan. Agak-agaknya banyak benda nak cerita, lump sum kan je dalam 1 entry.
Nak update lain, takut lupa la apa la. Vitamin M pon boleh tahan laju je sekarang ni

Sabtu pergi wedding kawan sekelas masa sekolah menengah
kat masjid tanah je. pergi bertiga. tapi 1 haram takde gambar kitorang. punya pemalas. dok melepek dalam rumah pengantin, sebab best ada aircond. luar panas boleh tahan woih




lauk orang kahwin biasa lah. nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging. dan seketol carrot kuah dalca hehe. rendang tu podeh gilosss




kan pergi sekali dengan ayu, bff aku tu. dia baru ambil kad kahwin dia. so merasa ahkak orang pertama dapat k. dengan kad tak lipat lagi hahaha. sila lipat sendiri. 





dais yang woahhh simple tapi cantik. macam arabian style kot ni. suka la. simple je




kawan iols tu. dia ni masa sekolah rock sket. tak sangka dah kahwin. akak jugakkkk belum  -_-




suami beliau




tahniah uolssss




ahad breakfast nasi dagang mak lang yang masak




business kecil-kecilan adik aku si doktor yang belum dapat posting tu. katanya dapat tau posting march tahun depan ok. punya lama. sementara tu, marilah generate income, dari ko duduk rumah tengok korean drama je kan lol. 




kacang sambal. semalam buat sekaligus 3 guni kacang tu. woihh aku tengok 5 dulang ni pon pening. memang sasa la lengan aku nak mempacking tu kanggg




aku tukang tekan tu. yang nak kasi melekat plastik tu. apa ke nama ntah. malas plak nak google. hahaha. banyak nak mampuih ok. semalam kira-kira semua ada 450 peket ok. nangis bila mengenangkan aku berjaya menyiapkannya. sebab biasanya buat tak sampai 100 peket aku punya menguap, boleh masuk bola ping pong la dalam mulut kan



ye gitu. dah siap. total 15 beg. each bag ada 30 peket. huarghhh lengan akak sasa *sambal tekan-tekat muscle* hahahaha. dan kitorang jual sangat murah ok. tolak dekat orang yang amik tu 40sen je. orang tu jual 50 sen. 




malamnya melayan si adik aku ni yang kefingin nak makan tosai la pulok. so pergi kat mamak kat sungai udang.tak sedap ah tosai dia. tak garing. aku makan roti tolo la apa lagik



sabtu kan aku cuti. naik hari ni, dah macam ni lobby office aku ni. dah macam supermarket plak. semangat perayaan 1 malaysia btol uolss ni kan. blom view dari depan. siap ada replika hadiah kat depan office. semangat sangatttt



mempulun siapkan semua kerja sebelum cuti panjang tapi masih sempat update blog. baru boleh digelar blogger tegar sangatttt. tiba-tiba ada pattern baju hahaha. kantoi. tu lakaran baju konon nak buat untuk dinner. gila tema dinner weols, "Retro Style Dress Up from 20's to 80's". Retro la sangattttttttt



lets klik !!

Kami dah pulang !!

$
0
0
Assalamualaikum

Alhamdulillah dah selamat pulang bercuti. Hokkaido was really really really fun, and cold !!
Masa aku pergi, suhu paling rendah ada 1 hari tu, -4c. Bergetar gigi bagai. Keras pipi. Ni pon dah menggelupas muka. 

Apa yang saya dapat simpulkan tentang Hokkaido:

  • sangat sangat sangat sangat sejuk 
  • breathtaking scenery
  • menu almost ketam. Hokkaido memang sinonim dengan ketam yang fresh dan sedap
  • famous dengan chocolate Royce
  • mahal ! keychain kecik-kecik tu pon nak 10 hengget malaysia. pitamss
  • beruang
  • snow !!!!
Trip 6d4n yang sangat sangat sangat seronok ! Sepatutnya fly balik ke Malaysia 22Dec tu. Kuasa Allah, 22Dec tu snowfall. Pagi tu snow tak lebat. Syok la main snow kejap depan hotel. After check out hotel, pergi Outlet Mall, snow makin lebat. After Outlet Mall, terus pergi Chitose Airport. Check in luggage semua, tengok makin lebat je snowfall ni. Akhirnya, setelah duduk dalam flight almost 7h, 2 kali take off trial, tower tak benarkan fly sebab snow lebat sangat. So delay. Duduk lagi 1 hari kat hotel. Then 23Dec tu tengok snow turun lagi, tapi tak lebat dah. So flight 3pm. Tapi delay to 5pm baru officially take off. Sampai KLIA, almost 12am. Alhamdulillah. Aku bawak balik beribu kenangan yang tak dapat dilupakan. Betapa cantiknya muka bumi Hokkaido ciptaan Ilahi. Subhanallah sangat sangat cantik. Semuanya tersemat dalam ingatan. Kalau orang kata, hatiku tertinggal di sana, aku ni bukan setakat hati. Jantung, limpa, usus semua tertinggal kot. Hahahahahaha

Ni antara tempat-tempat yang aku pergi. Entry penuh menyusul kemudian




Noboribetsu




Jigokudani (Hell Valley)



active volcano at Mt Usuzan




scenic view from Mt Usuzan



volcanic caldera lake, Lake Toya




Rusutsu Ski Resort



snowmobiling in the snow hill, Rusutsu




Otaru Canal




Shiroi Koibito Park




Hokkaido Shrine




Kitanogurume



going up to the hill with cable car, Okurayama - Olympic Ski Jump place 




Sapporo TV's Tower - Odori Park




Royton Sapporo



snowfall - Rera Chitose Outlet Mall





lets klik !!

Hokkaido Trip - Arrival at Chitose Airport.

$
0
0
Assalamualaikum

Hurm. Aku sebenarnya dah takde mood langsung nak update blog pasal trip ni
Bukan apa. Tak nak la orang cakap aku show off la pergi main snow la pergi oversea la
Padahal aku pergi tu ehsan bos. Apa la yang aku nak show off kan ye dak
Haih bosan la gini. Aku hanya nak share pengalaman aku yang secebis ni je.
Takde sekelumit, jangan kata sekelumit, sebesar hama rasa nak show off tu tak wujud pon
Aku nak kongsi dengan korang, pengamalan aku yang tak seberapa ni je
Yang dapat merasa nak pergi jauh-jauh sebab company trip ni. Kalau nak pergi sendiri, jangan kata Jepun, nak pergi Thailand pon aku tak lepas agaknya. Yela kita bukan orang senang kan

Aku dah stop upload pic kat FB. sebab tak nak orang menyampah je dengan aku yang tak habis-habis nak upload gambar. Yela, aku ni jakun dekkkk. First time pergi negara orang gayanya. Nak buat macam mano. Akak orang kampung dek nonnn. *sambil libas selendang*

Jadi, aku minta maaf lah kalau korang merasa aku nak menunjuk-nunjuk. Percayalah, takde sebesar hama pon rasa itu wujud dalam diri ini...

Aku hanyalah berkongsi pengalaman. Kalau korang sudi nak baca, bacalah *ayat sedehhhh*

Stop ayat sedehh !

Maka, 18Dec kami warga Faithview yang ntah berapa ketul ni pon memulakan perjalanan menuju ke negara matahari terbit,Hokkaido Japan.

Kami follow Apple Holiday, chartered flight to Hokkaido. So kiranya 1 flight tu semua orang yang follow Apple punya tour ke Hokkaido la. Ramai betul yang pergi Hokkaido. Penuh 1 flight. Dan di bahagikan kepada team-team. Banyak team jugak la. 1 team ada 1 tour leader. Faithview ada 2 group. Group E1 dengan E2. Group E1 geng bos-bos dan family masing2, kawan-kawan bos. E2 untuk staff Faithview. Staff dalam 20 orang.





Aku bawak 1 luggage besar. Minion tu senang nak spot tu beg aku. Hehehe. Then setiap orang dapat 2 tag tu.


buku itinerary. dan dapat apple punya merchandise macam beg, bantal dalam flight, tutup mata nak tido tu, tutup telinga lagi, ntah apa benda lagi dapat. penuh 1 beg 




dapat free voucher breakfast mcd. 




take off dalam pukul 6am. dalam flight dapat ni. chicken pie. keras nya pie hang ni tau huhuhu




dapat snack box. dalam tu ada coklat hershey's. kek buah dengan apa ntah. lupa. kek buah tu sedap btol. eh aku dapat 2 ok. haha. sebab amoi belakang seat aku tak nak




dalam flight makan tido makan tido. agak bosan makan tido, tengok movie. layan Tanda Putera. tak sampai separuh cerita, aku dah lena. hahahaha





lebih kurang 2 jam sebelum touch down, makan lagi. brahim's menu. nasi goreng dengan ayam sate kot. sedap. cuma kombinasi nasi goreng dengan ayam sate? pelik. tapi sedap bedal je la kan. yang ada tomato kecik dengan nenas tu, otak-otak. tak sodap huhuhu. dessert, cake apa ntah. macam apple cake. sedap





punggung dah naik kematu dalam flight. tak sampai-sampai. jenuh aku follow up map ni hahaha. 8 jam ok. pitamssss




selamat datang !!




settle amik luggage semua, apa lagi. jamban la woih




pemandangan dari chitose airport. 2 hari sebelum kitorang sampai, heavy snow. tu yang memutih je 


to be continued ....



lets klik !!

Hokkaido Trip - Noboribetsu Mahoroba Hotel dan Jalan-jalan sekitar Noboribetsu

$
0
0
Assalamualaikum

Entry ni hari pertama setibanya di Hokkaido. Naik bas terus menuju ke Hotel. Nama hotel, Noboribetsu Mahoroba. Punya samurai nama kau ni. Berbelit lidah akak

Dekat sana, pukul 4.30pm tu dah start gelap. Tak biasa kekdahnya. First day nak sesuaikan waktu, payah jugak la kan

So sampai hotel, rest kejap. Hotel ni special sket nak compare dengan hotel lain sebab ala-ala japanese sangat. Macam cite Oshin aku rasa hahaha



kat luar hotel. sejuk gila. menggigil akak, walaupun akak kategori berlemak tebal huhuhu



dalam bilik hotel





  • green tea dengan japanese tea tu sedap sangat
  • yang dalam peket merah hitam gambar hantu tu adalah biskut. tak makan pon. amoi cakap sedap
  • tu benda urut leher. yang panjang tu tak tau natang benda ntah
  • heh tu buku apa ntah. tulisan japan. sah la aku tak paham






  • toilet jepun. biasalah automatik. ai is jakun sekejap hahaha
  • hotel kat sini semua standard. shampoo, body wash dengan conditioner dia sediakan macam ni. wangi-wangi plak tu




    • lepas dah rest kejap, turun bawah makan.seafood banyak sangat. especially ketam. macam-macam jenis ketam. fresh. 
    • scallop tu di bakar. sedap
    • dessert sedap-sedap
    • fruits. kat sana epal dia sedap. rangup. limau tu, limau apa ntah. manis 




    lepas dah kenyang. keluar jalan-jalan sekitar Noboribetsu




    7E kat sini memang bersepah. Selain 7E, lagi 1 kedai serbaguna yang bersepah kat sini, Lawson.



    Jemputlah lihat gambar. I'm trying to be creative. Konon lah kan. Padahal tangan keras hahahaha















    jalan sekitar banyak jual souvenir. tapi dah nama hari first, takde la aku nak beli-beli kan. lagipun area sini mahal-mahal jugak souvenir dia. tour guide ada cakap nanti ada pergi tempat lain yang murah sket. so takpe sabar dulu. sini jamu mata je. 

    jalan kat sini macam mendaki jugak. lenguh ok. orang Jepun laju je jalan. kau tengok aku, macam siput. siap mengeluh lagi hahaha

    suhu sangat-sangat-sangat sejuk. dah lah tak pakai gloves. keras je tangan aku rasa




    balik balik hotel tengok dah siap-siap di bentang tempat tidoq ni




    minum green tea dulu. baru bammmmmmm tidoq !!!


    to be continued..



    lets klik !!

    Hokkaido Trip (Day 2) - Jigokudani (Hell Valley) and Bear Ranch

    $
    0
    0
    Assalamualaikum

    Sambung entry Hokkaido.
    So hari kedua, check out hotel Noboribetsu Mahoroba pagi tu. 
    Sepanjang kat Hokkaido ni, tiap-tiap pagi ada morning call ok. Jangan harap nak dapat bergolek lama-lama
    Biasanya morning call at 6.00am. So bangun lah bersiap nak check out menuju ke destinasi lain

    So pagi tu bangun bersiap-siap
    Aktiviti day 2 adalah :

    • pergi Jigokudani (Hell Valley) - kat sini ada columns of steam yang keluar dari celah-celah batu
    • Bear Ranch - tengok beruang Hokkaido
    • Mt Usuzan - naik ropeway pergi atas Mt Usuzan
    • Lake Toya - a volcanic caldera lake
    • Rusutsu Ski Resort - main ski (tak main pon. own expenses kalau nak main). main snow. tido 1 malam kat situ

    So pagi tu breakfast dulu kat hotel. Kat hotel ni roti dia sedap-sedap. Rasa nak tapau masuk beg je haha




    croissant tu sedap sangat. roti tu pon. pastu aku repeat makan roti lagi haha. tu telur separuh masak. makan sket je. sebab takde kicap kipas udang kekdahnya. steam broccoli, steam potato. ikan sardin. omelette.




    favs breakfast kat sana. bubur kosong. makan dengan ikan sardin ni. aku hancurkan ikan sardin ni. best gila kau. tiap-tiap hari breakfast aku makan benda ni. orang jepun mesti tengok pelik, orang ceruk mana datang makan benda cenggini ni hahaha




    dah siap breakfast. masuk luggage dalam bas. amik gambo jap. sejuk gilaaaa pagi ni. hari kedua, aku pakai 4 lapis. dah macam beruang aku rasa. tebal semacam je kan. long john + cotton inner + shirt + sweater. hihihi



    orang jepun ni memang comel la. kan banyak bas apple vacation ni. apple punya bas je aku rasa dah 5-6 bas stay sini. so pagi tu semua nak check out, orang management hotel siap keluar, say goodbye, siap lambai lagi. comel comel


    First Destination - Jigokudani (Hell Valley)



    ni lah Hell Valley nya. ni je lah 1 pic kat sini. sebab aku tak tahan bau dia. hahaha.terus turun. amik gambar sekitar



    dengan kak Sandra




    apa tulis jadah haram tak paham haha



    sejuk sejuk sejukkkkkkkk



    tangan aku yang belang - belang tu pun dah macam beruang aku tengok



    kat sini bau macam belerang tu kuat sket. seksa btoi. nasib baik scenery lawa



    aku ni, tempat yang orang tak p la aku ajak dorang p. haha. orang lain sume sebok p kat valley tu. takda maknanya aku nak p situ. sakit hidung. baik p berangan modellss kansss



    suka tangga kayu ni



    eh tetiba rasa artisitik sangatttt hahaha




    lori jepun ni comel btol. kecik je



    tak habis-habis main hembus mulut. jakun kekdahnya




    takut nak duduk. patah kang, sia-sia hahahaha




    us !



    ni actually parking area Jigokudani je haha



    see. signboard punya comel. pakai kayu2 je. 




    seketol di situ




    tractor sodok snow comel. siap rantai roda lagi hahaha



    pokok apa ntah, tak tau. beranting gitu je. cantik pulak


    Dah settle kat Jigokudani, gerak pergi Bear Ranch, dekat dengan Mt Usuzan
    Bear Ranch ni biasa lah, ada beruang Hokkaido. Tapi, silalah pakai mafla tutup hidung anda. Bau taik si beruang ni, 'wangi' sangattttttt



    beruang ni, boleh lambai-lambai. haha comel. lambai mintak orang baling epal. so beli epal dekat entrance, baling kasi dorang ni. memang tak la aku beli hahaha



    pemalas nak jalan. so duduk situ melambai je la dia ni



    tengok taik dia sepah-sepah. dah la sejuk, bau taik dia kan 'wangi' sangat.rasa nak migrain di situ ye



    tiba-tiba ada sekor show off kat atas tu hahaha



    bos dengan anak dia




    kat entrance Bear Ranch. comel kan. ye tau patung tu la. bukan iolsss



    depan kedai souvenir. tak beli apa pon. mahai nak mammmm. kuasa akak


    to be contined... Mt. Usuzan and Lake Toya



    lets klik !!

    Hokkaido Trip (Day 2) - Mount Usuzan and Lake Toya

    $
    0
    0
    Assalamualaikum

    Sambung lagi. Still hari yang kedua di Hokkaido. Previous kan pergi Hell Valley dengan Bear Ranch kan, lepas pergi tengok si beruang tu, terus naik rope way, menuju ke atas Mount Usuzan. Stesen nak naik ropeway tu sebelah Bear Ranch je. 

    Minta maaf la kalau muak sangat asek tengok pic aku je kan. Huhuhu
    Gambar memang berlambak. Sebab last day kat sana, memory card aku terus full -_-
    Total gambar ada 2000++. Gambar pengantin pon tak banyak cenggini


    • Mount Usuzan




    ni depan Bear Ranch, tunggu nak pergi stesen rope way. cantik kan belakang tu. tu active volcano. kata tour guide, tu antara youngest active volcano yang ada kat Japan/Hokkaido




    cantik ! aku suka volcano ni. berasap-asap lagi




    volcano lagi hihi



    stesen rope way hujung tu. Mt Usuzan tu yang memutih kat atas tu



    Usuzan Rope Way



    dalam rope way





    dah sampai atas. apa lagi pandai-pandai cari port feeling modelsss



    subhanallah cantik sangat kan. macam lukisan aku rasa. kat atas mount ni sejuk gila




    macam lukisan betul kat belakang tu




    volcano dari atas Mt Usuzan




    minah gedsss



    minah gedssss lagi



    Lake Toya dari atas Mt Usuzan. Pasni p Lake Toya pulak



    kat sana aku pakai sport shoe je. tak kuasa nak ber boot la apa la. macam mama clause je ghupe aku nanti



    W.C tu apa? water closet kot hahaha




    pokok bersalji



    bos-bos dan anak beranak. anak-anak bos syok dok main slide tu. kalau aku la main, mau retak 8 papan slide tu kan



    ni entrance Mt Usuzan




    dengan snow. kalau letak sirap, kacang, jagung, susu, dah boleh ngapp terus haha




    kita jakun. tak pernah jumpa snow. first time kau



    kalau tak silap masa kat atas ni suhu 1c kot



    licin



    turun dari Mt Usuzan, terus lunch kat restoran bawah tu. masa kat sana, makanan untuk Muslim diorang separate kan 1 table yang lain. So tak campur dengan non-Muslim. Boleh makan



    tempura. sedap. panas lagi. ada udang,terung,bell pepper dengan mushroom




    ayam



    tempura tauhu




    yang paling best. kat sana sup sedap-sedap. ni sup apa ntah. macam sup tawar-tawar. dalam tu ada mushroom, sayur-sayur, dengan udon.



    nasi jepun. dengan salmon flakes


    • Lake Toya - volcanic caldera lake


    Lepas dah lunch tu, terus ke Lake Toya. Lake Toya ni ada la sejarah dia. Pasal kekasih-kekasih la. Tasik ni never freezes, even time winter pun. 

    Suasana memang sejuk la. Dah kata time winter. Sejuk berangin plak tu. Keras je muka. Sentiasa la pakai lipbalm kat sana. Takut bibir kering menggelupas je



    Toyako Lake



    tasik dia memang cantik. rasa nak celup jari dalam air, nak rasa betapa sejuk lake tu. tapi takut jari kejung je kang. huhu. simpan-simpan sket jakuns tu



    akak gedss di sisi lake toya 





    cantik. bukan akak gedss ni. view la. hihi



    dengan tour guide team kitorang. nama dia Kenro. best. sporting dan lawak habis, dia orang Malaysia. tapi pandai cakap Japan. sedap je dengar dia dok moshi moshi bla2




    us at Lake Toya




    breathtaking 




    depan lake ada banyak pokok ni. geram cantik plak tu





    aku asek la tutup muka. sejuk tak tahan hoih




    us and my daddy. haha. baju kuning tu project manager aku. kat office masing-masing ada daddy k. ni daddy I la. wakakakaka. daddy sangatttt


    to be continued .....  Rusutsu Ski Resort


    lets klik !!

    Hokkaido Trip (Day 2) - Rusutsu Ski Resort

    $
    0
    0
    Assalamualaikum


    Lepas dah beronok-ronok di Mt Usuzan & Lake Toya, bergerak pula ke hotel seterusnya. Masa tu dah nak petang la. Dah lepas lunch gitu. Nak pergi hotel

    Hotel kedua yang kitorang stay ni antara ski resort yang terbaik lah kata si tour guide tu. Hotel ni memang sesuai untuk penggemar aktiviti ski la. Yang tak ski, pon boleh main snow diam-diam hihi. Nak main ski, own expenses ye. kalau tak silap 5000 yen ++ . Ke lebih. ntah aku lupa sudah. Memang tak la aku nak main ski tu. Mau tercampak ski board. Aku kemana, ski kemana kang. 

    Sepanjang duduk kat sini, memang ramai la mat saleh, mat jepun, segala mat lagi la. Dok lalu lalang dengan ski boot dia yang dah macam robocop aku tengok. Masing-masing dok junjung barang ski dorang. 

    Sampai je hotel, terus masuk bilik. Tukar baju jap, tukar pakai snow cap. wakakaka lawak btol muka aku pakai snow cap. abis time gini je la nak pakai snow cap kan. kalau aku pakai kat rumah, ada can la terbang periuk kat aku kang, sekali dengan pakej ucapan, "jangan poyo la !!" hahaha




    Ski resort dan sekolah snowboard 




    tenaga pengajar dorang



    ni tengah makan potato actually hihi. kat sana famous potato. welcoming food masa kat hotel ni, potato rebus, makan dengan butter. woih sodap




    sejuk muka sampai pink pink sudah




    pokok salji lagi




    penulis yang jakuns snow



    penulis muka pink




    ntah apa-apa dia ni. layankan je la




    sekitar ski resort. ni belah bawah. kalau nak tengok orang main ski kene naik atas sket




    jemputlah masuk rumah saya lololololol




    amoi jepun ni tengah buat snow man. gigih betol dia anak beranak buat




    aku buat snow man punya biji mata je haha




    orang jepun ni ajar anak dia main ski dari kecil lagi. bagus btol. takde la jakun cam iols je nanti kan




    ais kepal 1 !!!!!


    Lepas dah tak tahan sejuk tu, masuk dalam hotel. duduk tempat lepak, online la apa lagi. sembang-sembang, tengok orang main ski lalu lalang. nak tunggu dinner pukul 5pm tu malas nak naik bilik.

    Hari kedua, dinner boleh pilih. sama ada nak makan buffet, japanese, italian, french, ntah apalagi lupa sudah. tapi kitorang pilih buffet je senang. yang lain macam tak berapa yakin sangat huhu

    Sharp 5pm, terus masuk makan. wakakaka gila awal. Disebabkan tak ramai orang lagi, boleh la amik gambo jap



    sushi - sushi



    salad station



    ketam, yang sangat lah famous kat hokkaido ni. hari-hari makan ketam. sampai aku rasa aku jalan pon dah macam ketam. kat sana, traditional cooking style untuk ketam ni, rebus then rendam dalam air sejuk. patut lah masa mula-mula makan aku rasa apsal la ketam ko ni sejuk. tak masak ke. hahaha. rupanya dah masak rendam dalam air sejuk. mana la iols tauuuu



    salmon dengan tuna mentah



    sushi lagi



    station sayur mayur



    fruits. cantik plak dia susun buah2 tu kan



    dessert station



    favs. tempura



    grill station 



    so saya makan ini. gunting tu, nak kokak ketam. sup tu, crab miso soup. dia punya kuat rasa ketam, boleh pening. punya kaw. rasa sesudu, terus surrender. huhu. tempura paling best. berapa kali repeat makan tempura terung tu. sedap




    amik tempura lagi hihihi. green peas dengan baby corn tu rebus. sedap sangat. manis je rasa dia. dessert, cakes dengan pizza. 



    amik grapefruit. masam nak mampuihhhhhhhhhhh. terus tak makan. makan grape je. nasib manis. dan tak memasal makan eskrem hahaha. eskrem dia sedap kau. waffle cone tu pon best. licin. naga sangat hahaha



    ada hiburan ok. nampak tak patung beruang2 dengan perempuan tu. rupanya dorang ni patung musical la. tiba-tiba tengah makan ada nyanyi2. rupanya dorang ni hahaha


    Dah makan naik bilik. Rest rest kejap. Pastu turun balik berdua je la. Yang lain penat dah kot. Nak amik angin malam pulak


    snow man yang amoi jepun buat siang tadi dah siap. gigih betul kan



    snow man dan snow girl versi gelap sket haha



    snow man kecik



    snow man dewasa



    malam malam pun ada gak yang dok main slide tu



    drama sangat. bukan snow turun pon. baling sendiri hahaha



    malam malam cantik sket sebab ada lampu kan



    selfie sangat



    cahaya cantik 1




    cahaya cantik 2



    ni depan pintu nak keluar ke kawasan ski area yang belah bawah la. dia ada beberapa stesen / level




    kata dah nak krismas, tu yang banyak deco krismas je




    kat 1 kawasan dalam hotel ni ada musical fountain. cantik sangat. rasa macam tengok fireworks tapi sebenarnya air je pon. terbuai rasa nak tido hahahaha






    cantik cantik




    hotel ni besar btol. lenguh dan jenuh nak explore k. bilik hujung sini, pintu nak keluar ski area hujung sana. boleh tercabut lutut. tapi ku gagahkan jua. gitu. dalam hotel ni banyak tempat lepak. dan cantik-cantik




    north wing. dia ada wing-wing la kat sini. tu yang jenuh nak menapak. patut la ko orang jepun slim melim. dapat kat aku. huhhhhhh sengal tapak kaki




    sekian habis day 2. malam masuk bilik, membuta. esok, day 3 kita start dengan aktiviti lain, yang ohsem sangat !!!!

    to be continued....

    day 3 - snowmobilling at rusutsu, otaru canal, otaru street, shiroi koibito park, sapporo station


    lets klik !!

    Hokkaido Trip (Day 3) - Snowmobile at Rusutsu

    $
    0
    0
    Assalamualaikum


    Sebelum meneruskan entry syok sendiri ni, nak bagitau Black Canyon dah ada kat Melaka yeay !!!!!!!!!!! Akhirnya ! tak payah nak pergi Alamanda kalau nak makan tomyam beliau yang super sedapsss tu. Ok tu je hihihi

    So, continue day 3 at Hokkaido. So hari ke-3, pagi lagi dah check out dari Rusutsu Ski Resort
    Dah letak luggage tu, breakfast lah dulu



    roti kat sana memang sedap-sedap. dan blueberry jam yang sangat sedap. dan hokkaido butter. amik lebih letak dalam beg wakakaka. ketara sangat buruk lantak


    So lepas breakfast, terus keluar masuk luggage dalam bas. Aktiviti pertama, snowmobile. Tour guide kitorang siap pesan, kita kene keluar paling awal untuk dapatkan tempat snowmobile dulu. Kalau lambat, kene tunggu lama. So gerak la group kitorang dulu. Dan kitorang paling awal sampai. Gagagagaga. Nampak sangat ke-excited-an di situ



    Sampai amik helmet masing-masing pastu dengar taklimat macam mana nak handle snowmobile. Yang pasti bukan aku bawak. Gila aku nak bawak. Mesti la tak. Amoi bawak kita mihmihmih. Gigih ok amoi bawak aku yang berat hazab ni. Tapi gila terror dia bawak laju. Hahaha aku yang takut wuwuwuuwwuu



    pagi yang sangat sangat sejuk. kalau tak silap masa pagi ni -2c kot. memang sejuk gila tu yang sampai tutup muka pakai mafla




    ok bergerak ke mobile masing-masing




    perkenalkan ni la pakwe baru ahkak. hewhewhewhew




    gerak !!!! vrooommmmmmmm. ok tipu tak vroom pon bunyi dia. macam bunyi motorboat ada lah hahaha




    jarak setiap 1 snowmobile kene 50m atau lebih. tu yang jauh je tu. tapi rasanya kitorang punya jarak memang jauh. takut kekdahnya hahaha




    lalu tepi tebing yang dah dilitupi snow



    pokok mati ke apa ni. sejuk sangat. jadi ranting je




    snow carpet



    jalan menuju ke atas gunung ni boleh tahan berliku-liku, berbukit ok. aku rasa amoi punya tekan minyak kemain kuat hahaha. yela bawak muatan berlebihan kat belakang kan wakakakaka




    macam pokok kekabu




    tepi bertebing gini buat aku cuak. amoi bawak bleh tahan laju. aku takut tercampak je. yes aku suka fikir melampau batas kekdahnya





    aku mobile no. 3. so belakang ada banyak lagi. matiklah korang duduk belakang mobile bermuatan berlebihan hahaha. tapi syarat dia tak boleh memotong. bahaya. so duduk diam-diam belakang tu okeh




    hutan salji rusutsu




    oh still ada daun hijau. ingat semua pokok mati kesejukan hihi




    even ada matahari tapi masih sangat sejuk




    kemain jauh orang depan aku hahaha. nak sampai ke atas puncak mengambil masa lebih kurang 1/2 jam. dalam masa 1/2 jam tu berapa kali mafla tercabut dari muka, sejuk nak mamm. last-last malas aku nak tarik mafla, lantak la




    nampak gunung putih ni. masyaAllah sangat cantik




    habis dilitupi snow sebab kata tour guide, 2 hari before kitorang sampai, heavy snow kat sana




    dah sampai puncak. rehat kejap dalam 10-15 minit, ambil gambar. poyo sangat aku tu bukan aku bawak mobile pon hahaha. saja eksen kejap uolss. nak bawak penakut kekdahnya




    aduh muka macam ada pau 8 bijik kat situ hah




    berlatarbelakangkan 2 bijik gunung memutih. masya Allah sangat cantik. speechless rasa. tak sangka akan sampai tempat macam ni. kita bukan orang senang yang boleh anytime plan nak bercuti-cuti. rezeki Allah bagi, menerusi company trip ni, syukur sangat. thank you bos. nasib baik tak boleh peluk bos kalau takkk, hahahaha. pangggggggggggggggg




    kat atas ni sangat sangat sejuk. nasib baik aku pakai glove hitam tu. tebal sket. so tangan tak sejuk sangat. tapi muka aku, dah kebas time tu huhuhuhu




    dengan shikin. kitorang berdua je wanita melayu terakhir kat sana hahaha. lain semua cayanunalip




    amoi ni la yang hebat bawak aku ni. terror gila kau. kuasa kuda punya tekan minyak hahahaha


    dah lepak kat atas tu kejap, so turun la bawah balik. turun balik laju sket la sebab turun bukit kan. sampai bawah tengok ramai orang tunggu turn. hahaha. nasib baik weols awal




    time ni muka kebas. dan pink. hahaha. tahap kebas, aku rasa kalau orang tampar pon tak sakit kot. sebab amoi-amoi ni main cubit pipi aku sebab aku cakap aku tak rasa sejuk dah hahahaha. konon comel lettew  puihhhhh




    masuk dalam cabin, sume hadap benda ni. hahhh best gilaaaa. aku siap berdiri depan benda ni, pusing kiri kanan depan belakang. amboi jakun sangat 1 badan nak kasi panas




    apsal kat cermin siap ada benda macam bunga manggar ni. hahaha. masing-masing nak betul tudung yang dah dikelepet oleh helmet tu huhuhu

    So dah puas kat rusutsu snowmobiling.  satu pengalaman yang sangat-sangat tak boleh dilupakan. Lepas dah settle kat situ, terus gerak, nak pergi Otaru. Pergi Otaru untuk lunch, tengok canal dengan handicraft street.

    Naik bas, kepala pening gila-gila. Tak tau pasai apa. Telan panadol, bammm tidoq. Perjalanan ke Otaru amik masa 1 and half hour tu aku membuta je



    lunch kami. makan ikannnn. tempat lunch ni actually dekat pasar. tapi pasar dia bersih sangat. tak berbau la. 




     ikan ni dia kata di salai. masin sket. tapi sedap jugak la. ikan apa ntah tak tau





    nak tau natang mende ntah




    raw. salmon, crab meat, scallop, apa lagi ntah. tapi aku masuk kan semua dalam sup hahaha




    nasi tak sentuh langsung. tak larat sudah makan nasi jepun ni




    sup. kat sana memang sup sedap-sedap. dan dia hidang panas-panas. bawah tu ada api. memang berasap-asap la




    one of favorite kat sana. japanese tea. memang sedap. minum panas-panas di kala sejuk. paling kurang 3 cawan hahahah

    lepas lunch, terus menuju ke otaru canal and otaru street

    to be continued....



    lets klik !!

    Hokkaido Trip (Day 3) - Otaru Canal, Otaru Street, Shiroi Koibito Park

    $
    0
    0
    Assalamualaikum

    Hehehe sorry. Banyak lagi tak cerita pasal trip hari tu. Rasa kan lah tak henti-henti aku update
    Minta maaf lah kalau dah muak. Apa nak buat. Online diary kekdahnya

    So selepasSnowmobile tu, lunch, then terus gerak pergi Otaru. Otaru ni pekan kecil je. Tapi pekan dia tak sama la macam pekan kita kan. Pekan dia dah macam bandar jugak la. Destinasi seterusnya, Otaru Canal. Dia macam tempat yang romantik la. Ala-ala venice kekdahnya, tapi takde la sampan tu hahaha

    So sampai, turun kejap je, amik gambar, sebab sejuk berangin tak tahan. 



    inilah Otaru Canal




    penulis dan kawan-kawan beliau. hakkk geli aku menggelarkan diri ini penulis




    penulis memang kecoh sket



    penulis dan kawan-kawan dan baju hitam ala james bond tu Kenro, tour guide



    4.1c. Tak payah peace sangat padahal tangan kejung tak pakai glove



    Selepas mengambil beberapa keping gambar skemanya ayat, kami semua menuju ke Otaru Street
    Sebuah jalan yang terdapat berbagai kedai menjual coklat, kek, pelbagai hiasan rumah, cenderahati, dan berbagai lagi




    Jangan nak buat macam negeri sendiri. Sila tunggu lampu hijau pejalan kaki menyala ye




    first kedai, cokolat !!!!




    Le Tao namanya



    dah rasa yang tester tu. sedap woih. tak manis sangat 



    so beli 2 hihi




    kedai apa tak tau








    kedai ni macam jual hiasan rumah yang dibuat dari kayu. macam ukiran la




    sepanjang Otaru Street



    dan kedai kek ! kedai kek ni yang famous la kat Otaru



    oh om nom nom nom



    phewww nampak tempting btol kan. tapi tak beli pon -_-




    yang gulung - gulung tu lah kek. kek yang famous kat Otaru ni




    barang -barang dalam Raku Raku ni semua mahal- mahal !! Pitamsss tengok




    dah puas jalan jalan membeli belah tu, singgah makan eskrem. Aku pelik orang - orang sini time sejuk tu la nak balun eskrem gak. Lalu aku pon nak la jugak rasa. Eskrem yang sodap  !!! 160 yen kot



    eskrem coklat dia sedap ! tapi aku tetap la vanilla



    punya ramai yang makan eskrem. sebab dalam kedai kan panas, ada heater. so kira munasabah jugak la nak makan eskrem kan


    Then dah puas beli belah tu, gerak ke Shiroi Koibito Park. Dia actually kilang buat cokolat yang femes kat Hokkaido, tapi kau, kilang dia tak macam kilang langsung. Cantik gila. Siap ada park lagi. Dalam tu ada museum lagi. Cantik cantik




    inilah Shiroi Koibito Park !





    tak paham 




    kawasan sekitar. sesuai untuk kanak-kanak. Tapi dalam masa yang sama aku pon terus transform jadi kanak-kanak hahaha




    pokok epal. kalau kita sentuh pagar ke pokok ke epal tu ke kan, nanti si polis dalam tu memekak macam marah la. mula-mula aku touch tu, tiba-tiba dia bunyi siren polis tu. haram jadah tokojut den




    ni la polis tu hidung panjangggg




    baru pukul 3 ++ tapi dah nak gelap time ni




    nampak tak seketul kanak-kanak oversize di tengah-tengah tu ?



    ni kat dalam shiroi koibito. dalam ni ada macam2. tingkat atas ada ruang pameran. bawah ada cafe, kedai jual souvenir, coklat bla2.

    well, ini kek kahwin saya. saya nak kek kahwin macam ni !!!



    candy labo. tapi time ni tak boleh masuk wuwuwuuw




    christmas deco



    Then naik tingkat atas, ada ruang pameran



    rumah jepun dolu-dolu




    amoi jopun dengan amoi melaka



    bla bla bla 




    hei ! apa nama dia ni. lupa plak




    pakcik pinjam janggut bleh ?




    yummeh !!!



    keluar je, dah nak gelappp. sejukkkk. so amik gambar sket




    kami di Shiroi Koibito Park !!!




    hai !

    So settle day 3. Malamnya dinner, tapi tak makan apa pon. Tak larat nak makan makanan jepun dah. So balik hotel, makan roti dengan sambal bilis, maggi. wahh kebulur !!

    to be continued...
    Day 4 - Hokkaido Shrine, Kitanogurume, Hokkaido Government Building, Okurayama


    lets klik !!

    Hokkaido Trip (Day 4) - The Former Hokkaido Government Building and Hokkaido Shrine

    $
    0
    0
    Assalamualaikum

    Sorry lambat update entry seterusnya. Ceah macam ada orang tunggu. Perasan ye hihi
    Sorry kalau dah boring. Nak buat macam mana kan -_-
    Tapi tetap nak tulis gak ! hihihi

    So day 4 kita continue perjalanan. Oh lupa nak cakap. Untuk hari ke 3 sampai hari nak balik, kitorang stay kat Hotel Royton Sapporo. Takde pic. Hehehe. Eh ada la. Pic makanan hotel hahaha. Macam tak biasa kan =P

    So day 4 pagi lagi dah keluar, tempat pertama yang di tuju adalah Hokkaido Government Building (Red Brick)
    Pejabat kerajaan yang dah lama, sekarang ni jadi muzium lah. Tempat pelancong melawat, tahu serba sedikit sejarah Hokkaido. 



    ni lah bangunan dia. cantik kan. pakai red brick.




    free admission ye




    Kenro, tour guide tengah explain serba sedikit perihal bangunan ni





    kawasan sekitar. ni snap dari tingkat 2




    ok lelaki dalam gambar tu la founder Hokkaido ni. Kalau tak silap la dari apa yang Kenro cerita, sorry aku kadang-kadang berangan gak masa dia cerita tu kan hahaha. Lelaki dalam gambar tu yang first jumpa kepulauan Hokkaido ni. Dia yang round 1 Hokkaido dan melakarkan plan bentuk muka bumi Hokkaido ni. 




    kat belakang tu gambar apa pon tak tau. Tapi kalau tak silap Kenro ada cakap yang Hokkaido ni pernah di jajah Rusia. Mungkin tu Russian tengah meeting hehehehe




    meja ketua kot




    meja meeting





    ok yang paling besar tu la Hokkaido. Kepulauan kedua yang terbesar di Japan dan paling utara Japan.




    Hokkaido high grade food. Tapi la apa yang aku tau sepanjang kat sana, Hokkaido ni famous dengan ketam, kek dan coklat




    binatang di Hokkaido




    heater zaman dahulu. guna charcoal




    ni barang-barang aktiviti perikanan dorang


    So lepas dah puas melawat kat gov building tu, gerak pulak ke Hokkaido Shrine. Suka tempat ni. Cantik. Ni kira macam temple la. Tempat diorang berdoa / sembahyang



    bas parking tepi tu. so jalan naik atas. kau tengok, licin gila ok ! kalau pakai boot takpe la. aku dah lah pakai sport shoe. pastu snow dia dah jadi ais gini. sengsara nak jalan. ikut la foot step tu slow slow




    kitorang berdua paling lembap jalan. licin. dua-dua pakai kasut biasa. nasib tak tersembam je




    tiba-tiba stop kat pokok ni. amik gambo hahaha





    ini lah dia pintu masuk Hokkaid Shrine




    sebelum masuk, diorang kene sucikan diri dulu kat sini





    diorang kene kumur - kumur dulu, basuh tangan. tengok je la. menghormati =)





    sebelum masuk Kenro explain dulu kat diorang, cara-cara nak berdoa kat sini. Menurut Kenro, tempat ni akan di kunjungi ramai penduduk di sini setiap kali nak menyambut new year, diorang akan berkumpul, tepat jam 12 tgh malam diorang akan berdoa la untuk tahun seterusnya




    pakcik ni tengah tabur apa benda ntah macam batu batu kecil. nak mengurangkan licin. so takde la jalan terkedek-kedek takut jatuh berdebub hehe





    pandangan dari atas shrine. jauh ok jalan




    kat dalam tu tempat diorang berdoa. tak masuk pon. berdiri depan je. kebetulan ada orang kahwin. tengok la kejap. comel je




    yang pakai putih tu pengantin perempuan. pengantin lelaki sebelah dia terselindung pulok




     ni tempat diorang berhajat





    pintu gerbang shrine. cantik pulak pintu ni





    gong shrine






     diorang kat dalam dok sebok berdoa, kitorang kat luar dok kepoh snap snap hahaha. suka la view dia cantik





    ni kat area luar shrine. nampak budak-budak laki japan ni dok berlari-lari. relax je dia lari tak tergolek pon. aku ni punya terkedek-kedek jalan


    so dah selesai melawat shrine, kitorang teruskan perjalanan. pergi lunch ketam yang best, dan pergi Okurayama, tempat Olympic Ski Jump

    to be continued .....



    lets klik !!

    Hokkaido Trip (Day 4) - Kitanogurume and Okurayama

    $
    0
    0
    Assalamualaikum


    Haaaaaaaaa lamanya tak update blog -_-
    Been very very very busy lately. Banyak kerja. Mungkin faktor awal tahun kan
    So takpe. Kita continue entry trip yang dah nak basi tahap dah tumbuh kekulat ni

    So lepas pergi Hokkaido Government Building and Hokkaido Shrine tu, kami meneruskan perjalanan untuk ke tempat lunch pulak hehehe. Lunch ketam lagi -_-

    Kami di bawa ke sebuah daerah yang banyak pasar basah. Tapi pasar nya comel dan bersih dan cantik dan sejuk dah tentu lah kan !!!

    So kami dibawa ke Kitanogurume !!


    hai ketam comel !




    kali ni makan ketam yang di bakar pulak. Tapi percayalah, masa ni aku sentuh 1 ketul ketip ketam je. Tak larat sudah makan ketam sebab jalan pon dah macam ketam




    penulis dan ketam yang dah sama besar dengan muka penulis




    apa ntah scallop kot. bakar. bawah tu ada api. sedap




    abalone. ngeri je rupa dia ni




    sailormoon a.k.a salmon !





    crab miso soup yang memang aku tak sentuh sebab terlalu kuat rasa ketamnya yang boleh membikin kepala aku peningggggggggg




    table for hungry people




    nasi in mushroom soup yang sedap !! sebab apa sedap tau. sebab nampak tak merah tu. yes cili padi !! hahaha paling best rasa makan dapat cili padi ni kan. mana dapat ?? kawan bos bawak dan bagi kat weols weeeeee terbang ~ ~ ~




    bos baju merah. sebelah bos tu la supplier cili padi




    lepas makan, turun bawah jalan-jalan dalam pasar dia tengok seafood




    lambakan ketam 




    ketam beso 




    ketam lagi. bos-bos aku beli ketam bawak balik Malaysia lagi




    pakwe baru hihihi. si kira macam salesman diorang. smart kan. baju semua standard macam ni. selamba je dia pegang ketam tak payah pakai glove pon




    takut tapi nak pegang jugak hahaha. hidup ok ketam tu. pastu masa pegang dia, ketip dia tu gerak-gerak. nasib baik aku tak tercampak ketam tu



    masa ni, aku tengok ketam, ketam pon tengok aku. ok ngeri jugak la sebab tak pernah pegang ketam sebesau ni hahaha


    Lepas dah makan dan main-main dengan ketam, kami meneruskan perjalanan ke Okurayama ! Tempat Olympic Ski Jump. Tujuan kita datang sini, adalah naik ke atas Mount Okura tu dengan ala apa tak tau nama macam cable car tapi bukan cable car, dia macam seat je pastu bawak ko naik atas. Alah nanti tengok la ye





    Mount Okura !!!




    Kenro p beli tiket. Harga tiket ada tepi tu ye




    ok naik benda alah ni la




    weehooooo aku gayat ! Nak terkencing rasa hahaha. Tapi nak naik tak gayat sangat la, nak turun, gila punya gayat. Keras je aku kat kerusi tu hahaha




    Olympic logo 





    view dari station atas 





    pandangan Sapporo City dari atas



    penulis di Mount Okura




    agak nak terkencing la aku dok sini kan. dah lah sejuk, gayat lagi. macam mana la orang yang boleh main ski jump tu. hebat hebat





    time nak turun. seriuosly gayat !





    sapporo city yang padat. macam susunan kotak-kotak 





    penulis yang dah macam patrick star di hadapan Okurayama Olympic Ski Jump Stadium




    penulis yang sama rupa dengan benda hijau tu




    1 benda yang menarik tentang tempat ni adalah escalator dia. curam gila !! aku memang takut weyh naik escalator dia ni. nak terkencing rasa hohohoho




    ni lah lohong escalator tu.  




    penulis bersama bas yang mengusung beliau ke sana ke mari sepanjang berada di Hokkaido. comel nama bas. Bijiko Kanko ! hahahaha

    to be continued...


    * yeay esok dah cuti !!!!



    lets klik !!

    Hokkaido Trip - Final Episode

    $
    0
    0
    Assalamualaikum

    Nak habiskan episod si Hokkaido ni. Boleh aku masuk entry lain plak. Bersusun gambar entry lain ni. Wah gitew kekdahnya kau ingat kau blogger femes ke nyah

    So last day. Hari terakhir, alhamdulillah snowing. Pagi lagi dah turun snow. Cepat-cepat perabih breakfast and nak main snow kat luar hotel kekdahnya.

    Destination terakhir adalah Rera Chitose Outlet Mall. Kalau kat Malaysia, kira macam JPO la. Tapi aku ni kan golongan marhaen. Memang tak shopping apa pon. Jalan-jalan cuci mata dan makan hahaha. Dan main snow. Orang sebok shopping, aku sebok menjakun main snow.




    ini lah dia




    besar dan lenguh kaki berjalan merata. masa kat sini, aku lone ranger. masing-masing berpecah. leceh nak ikut orang shopping ni. aku tak suka tunggu orang shopping k. sebab tu aku suka shopping sorang-sorang. bebas. tapi kat sini aku tak shopping apa pon. tapi aku pergi la outlet-otlet dia. cuci mata. memang la orang kata murah. tapi murah pon still ribuan kau mampu ke jemah




    masa kat sini snow dah start heavy. 



    see dah lebat dah time ni. sejuk nak mammmm




    Subhanallah cantik !




    penulis yang gigih berdiri tengah-tengah kesejukan itu




    tak nak naik atas bas lagi time ni. dok bawah tu menikmati snow. Alhamdulillah tak sangka dapat tengok snow live. Simpan memori ni sampai bila-bila..




    precious moment ever




    dah macam orang-orang tengah sawah plak




    sendiri baling haha


    Seusai aktiviti di Rera, semua bergerak ke Chitose Airport. Nak balik kekdahnya. Tengok snow ni makin lama makin lebat




    lebat dan gelap tak nampak suasana dah time ni




    sayap kapal terbang pon dah sarat dengan snow je




    apa ke nama mesin ni. dia bersihkan snow then sembur apa ntah tak nak bagi snow melekat. tapi tak tahan lama pon. dalam sejam snow penuh balik huhuhu


    Lama menunggu dalam flight tu. Boarding dalam 5pm, tapi tak dapat take off pon sebab snow lebat. Ada la dalam 7 jam duduk melanguk makan tido makan tido tengok movie dalam flight still tak take off. 



    makan



    dan makan. nasi dengan chicken curry tapi hoih. nasi ko tau la nasi jepun la kan. curry tu, terlampau rasa butter. tapi kebuloq, aku kasi licin hihihi

    akhirnya, setelah melanguk dalam kapal terbang almost 7h, 2 kali take off trial, kesudahannya delay. Due to heavy snow, tower tak benarkan take off. Sadis kan. Aku dah terbayang nasi lemak la sambal udang la time tu. Cisss. So tinggal 1 malam lagi.Hotel and transport semua under tour company. So esok nya pagi lagi dah check out hotel. Dah dapat confirm flight pukul 12.30pm++. Tapi delay jugak 2pm ++ baru boarding gate open. Bila dah dapat take off tu, hambek 1 flight clap and sorak haha. Gila semua dah tak sabo nak balik weyh



    Officially bye bye Hokkaido (Picture hari terakhir before boarding gate open. Snow dah tak lebat). Alhamdulillah, pengalaman yang sangat sangat sangat sangat tak kan dapat aku lupakan


    Check out apa yang aku beli sepanjang kat sana. Tak banyak pon. Beli untuk family dan close friends je. Almaklum bajet ciputet



    oh ye. kalau nak beli kit kat green tea ke, coklat2 ke, boleh beli kat Snow Shop dalam Chitose Airport ni




    coke. beli kat vending machine je. tak ingat berapa yen. Aku bukan coke collector pon tapi saja gedik nak beli




    kit kat strawberry 




    fridge magnet. 325 yen kot 1 pek tu. ntah lupa




    kit kat green tea. 1 pek tu 157yen. Pek besar takde. So aku beli pek kecik tu berapa ntah. Banyak jugak. Senang bagi sorang 1



    coklay coklat. paling sedap coklat LeTaO tu




    ni pon sedap. royce ni famous la kat sana. so beli la 1 





    ni untuk adik-adik aku. comel lak beruang tenggek ni. 1 367Yen. Fm tu tak ingat berapa yen




    ni untuk diri sendiri haha




    shirt yang cekik darah jugak lah ye. 1 tu 1890Yen. Aku beli untuk family je




    sama jugak 1890 Yen

    Kesimpulannya, kalau korang pergi Hokkaido, kalau nak beli shirt, beli kat airport sebab lagi banyak pilihan. Yang aku ni, beli sehari sebelum nak balik. Sebab malas nak fikir nak pek barang2 kalau beli kat airport. Tak kuasa nak sepah-sepah luggage kekdahnya

    Berakhir sudah kisah percutian company ke Hokkaido. Alhamdulillah best sangat sangat. Thank you bos bagi peluang kami rakyat marhaen yang kalau nak pergi sendiri memang takde lepas nya. Tahun ni nak p mana pula ye bos ?  Pangggggggggggggggggggggggggggggg

    nak baca entry Hokkaido yang lepas, sila klik Travelogue Hokkaido
    Bye !! ~ ~ ~


    lets klik !!

    My Best Friend Wedding - AyuFakha Nikah dan Malam Berinai

    $
    0
    0
    Assalamualaikum

    My best friend get married !!! Alhamdulillah. Akhirnya 1 lagi kawan baik aku, Ayu, selamat di ijab kabulkan dengan pilihan hati dia, Fakharudin. Actually suami dia sama sekolah dengan kitorang. Tapi masa form 4 dia pindah SBP. Lagipun masa sekolah tak kenal pun. Bercakap pon tak pernah. Maha Kuasa Allah yang telah menentukan dia lah jodohnya. Walaupun 1 sekolah tak pernah bertegur sapa, tak kenal siapa namanya, tetapi telah di tetapkan olehNya, dia lah jodohmu. Alhamdulillah. Syukur sebab akhirnya kawan baik ku bertemu jodoh yang baik, dan diharapkan Fakharudin dapat menjaga dan membimbing Ayu, sebaiknya. InsyaAllah

    Hari nikah berlangsung pada Jumaat lepas, 31 Jan. Nikah lepas Asar. Alhamdulillah, sekali lafaz, Ayu sah menjadi milik Fakharudin.




    sebelum nikah. nebes lettew heeeeeeee ~ ~ 




    hantaran dari kedua-dua belah pihak




    Dr. Fakharudin dan Ayu. Fakha bertugas di Hospital Alor Setar kalau tak silap. InsyaAllah katanya akan berhijrah ke Melaka. Yeay aku tak perlu risau berjauhan dengan kawan baik ku !





    I'm so happy for both of u. Semoga Allah memberi berkat ke atas kalian berdua. Bahagia hingga ke Jannah dan di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah



    kami dan pengantin baru. weols kan 6 sekawan. Tapi masa hari bernikah ada 3 orang je. Lagi 2 orang tak dapat datang. Tapi Alhamdulillah, hari langsung esok nya kami ber6 dapat berkumpul semula, setelah sekian lama tak berkumpul ber6. Hari langsung entry seterusnya ya




    yours truly, Raudah (tengah) dan Dilla (baju hijau)




    camwhore la apa lagi lepas nikah hihihi



    yippi Ayu dah kawen !!! Who's next ????




    dah habis-habis flying kiss sorang tu




    Fakha ni pendiam dan agak pemalu jugak la orang nya. Tapi kau tahu la kan, kitorang sekawan ni memang riuh rendah sket orang nya. Sila terima kawan-kawan isteri anda seadanya ye hahaha. Dia pun melayankan je la kitorang ni hahaha


    Malamnya pulak, lepas Isya, ada berarak malam berinai. Biasa lah kita kalau kat Melaka ni, malam berinai pakai sanggul lintang, ada bunga api tradisional dalam buluh tu. So nice. Terasa nostalgia macam perkahwinan dulu-dulu



    bunga api dulu sebelum berarak ke pelamin



    lagi. aku suka bunga api tradisional ni




    bersanding di malam berinai

    to be continued...


    lets klik !!

    My Best Friend Wedding - AyuFakha Big Day

    $
    0
    0
    Assalamualaikum

    Sambung entry bff kahwin. So Sabtu lepas, 1 February tu berlangsung lah hari persandingan bff saya tu
    And yes, 1 Feb tu merata orang buat kerja kahwin. Kat rumah aku pon baba dengan mama dapat banyak kad, includes kad ayu ni.

    Pagi lagi around 10am kitorang dah terpacak kat rumah ayu. Sebab mak dia nak buat potong kek belah pagi. Kira ada 2 kali potong kek. Pagi dengan lepas makan beradap tu. 

    Makanan semua catering. Senang. Memang lah rewang lagi best kan. Tapi memandangkan takut tak cukup kakitangan nak memasak, mak dia pon tak berapa sihat nak mengemudi acara memasak, so catering saje lah. Catering - Kasmah Catering Masjid Tanah. Kalau orang yang area masjid tanah atau berhampiran nak kahwin and nak pakai catering, aku sugget amik Kasmah ni. Lauk sedap-sedap kau



    photoprops kawan ayu yang buat. photobooth ada tapi lupa nak amik gambar kat situ k. dah sibuk-sibuk tu segala benda lupa hoih




    baju persalinan untuk cake cutting pagi tu. Tak aci Ayu pakai kasut tinggi, dah tak pasal-pasal aku paling ketot hoh




    suap menyuap ye. kenyang Fakharudin berapa kali Ayu suap sebab nak amik gambo punya pasal haha




    beria sangat yang baju merah tu menulis kat guest book




    page ni kami berlima kawan baik yang tulis




    guest book Ayu. pon kawan Ayu yang buat kan. comel je




    kitorang bertiga datang awal sket. lagi sorang datang lambat sket. lagi sorang sebab ada anak kecik, so dia datang time dah dekat nak sanding. Happy dapat berkumpul semula yeay




    nak kelihatan ramping walaupun hado sebenarnya ? duduk tengah-tengah. gagagagaga



    Ni antara lauk-lauk dia



    rebung masak lemak cili padi. aku tak makan rebung so tak amik




    ayam masak merah




    rendang daging




    favorite sepanjang zaman. tempoyak daun. woih sedap pedas ! terbaik woih




    pajeri terung. pon sedap max ! sebelah tu sayur jawa eh orang panggil. ikan masin. papadom. buah oren. air oren dan cendol. nasi ada 2. nasi putih and nasi minyak





    sementara tunggu pengantin bersiap nak bersanding, kitorang soru dulu. like I said earlier, lauk-lauk Kasmah Catering memang sedap-sedap weyhhhhh. prapppppppppppppp *korset tetas*




    dalam 12.30pm pon beraraklah mereka. berarak awal sebab nak settle sebelum zohor. 




    kompang di paluuuuu pengantin baruuuuuuuu




    siap ada orang silat. yang bersilat ni orang belah pihak lelaki. oh ye yang lelaki belah tepi pegang camera tu photograpger Ayu, Artoukgraphy. Sangat sporting dan gambar cantik-cantik. Boleh klik yang aku bold kan pink nama dia tu kalau siapa-siapa nak kahwin blom ada photographer kan




    yeay finally kami ber-6 dapat berkumpul semula ! kitorang ni kawan rapat since Form 4, 2003 macam tu. Alhamdulillah masih kekal sampai hari ni. BFF sangat ! Dah lama kalau jumpa asek nak cukup korum. Yela masing-masing jauh. Aku dengan Ayu kat Melaka ni je la. Sorang kat Manjung. 2 orang kat KL. Sorang kat Klang. Rasanya ada 3-4 tahun tak cukup korum je. Alhamdulillah kali ni cukup yeay !!! Happy to the max !!!





    Dari kiri: Aniza, Dilla, Yours Truly, Pengantin Lelaki Fakharudin, Pengantin Perempuan Ayu, Neni dan Raudah

    Lepas ni Fakha join group bff jugak lah ye ! hehehe. Jadi bodyguard weols weeee ~ ~ ~




    semoga persahabatan kita tak kan putus dan kekal sampai bila-bila. walaupun dah pakai tongkat jalan bongkok-bongkok. hehehe




    ok ni plak dengan kawan rapat jugak.
    yang berdiri kiri kanan sebelah pengantin Afiq dengan wife dia. Pengantin baru jugak tu. Kat belakang tu Farid (baju hijau) dengan Syafiq. Diorang ni selalu la jumpa. Dekat je pun. Keji sangat la tak jumpa kan. Farid tu tokey burung puyuh ok. Setiap kali jumpa, kitorang membahan puyuh dia hahaha. Jahat sangat




    ntah apa lawak aku pon tak ingat hehe. aku dah macam pulau duduk kat bawah tu hurghhhh




    akhir sekali, geng merah dan pengantin baru. dayang merah namanya hoho. 
    selamat pengantin baru Ayu! sayang ko selamanya. minta maaf kalau ada apa yang terkurang masa tolong-tolong ko buat persediaan kahwin tu. almaklum takde pengalaman. aku ni pon cilok pengalaman tolong ko buat majlis ni. mana tau, next ke kan. wakakakaka


    We’re here on this special day
    Our hearts are full of pleasure
    A day that brings the two of you
    Close together
    We’re gathered here to celebrate
    A moment you’ll always treasure
    We ask Allah to make your love
    Last forever

    Let’s raise our hands and make Du’a
    Like the Prophet taught us
    And with one voice
    Let’s all say, say, say

    باركاللهلكماوباركعليكما
    وجمعبينكمافيخير
    باركاللهلكماوباركعليكما
    وجمعبينكمافيخير
    Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fee khair.
    Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fii khair.



    Barakallah Rohayu dan Fakharudin. Semoga sentiasa di bawah lindungan-Nya, di berkati-Nya, bahagia dan bercintalah hingga ke Jannah sahabatku..


    lets klik !!
    Viewing all 363 articles
    Browse latest View live