Quantcast
Channel: Fazleyatul Aini (Lya Colours)
Viewing all 363 articles
Browse latest View live

Faithview Group Annual Dinner 2013/2014, Equatorial Hotel Melaka

$
0
0
Assalamualaikum

Vitamin M yang sangat-sangat berleluasa sekarang ni
Femalas sangat nak update blog. Padahal gambar banyak bersusun tu tunggu nak update

Dinner ni pon awal January hari tu. See, femalas tak terkata sangat kan
Dinner 18January2014, Equatorial Hotel Melaka.

Tema dinner tu, Retro Night
Retro sangat
Ko bagi lah tema apa pon. Retro ke Bollywood ke apa ke, aku tetap gadis melayu terakhir *mata juling ke atas*




punya awal sampai. semangat retro katanyaa




pakai baju apa ada. tak koser nak beli-beli. doko kerongsang tu pinjam member punya hehe.




apa-apa pun tengok menu dulu haha




menu malam itu




3 of us dalam jambans. mekap masing-masing. main taram je yang penting bibir kene merah. kakakakakaka




appetizer. makan appetizer pon dah full. tedap-tedap




seafood soup tedap. eee kalau dapat shark fin pon sedap. lama tak makan  -______-




roasted ciken with bean sauce tedap tangat




stim seabass pon tedap dan sihat sebab rasa halia




fried prawn in sauce bla bla pon tedap jugak



nasi goreng dan sayur. conclusion, makanan kat equatorial semua tedap. dah lah dia hantar satu-satu kan. kenyang weyh. banyak tak habis. rugi-rugi. nasib baik tak bawak tupperware je hahaha




sebagai tanda penghargaan dah berkhidmat ompek tahun. hoih kejap je dah 4 tahun. bulan 5 ni genap 5 tahun. hoihhhh kalau kawen dan beranak 2 silap-silap hahaha



atas pentas pon nak bergosip kakakakaaka control kak control



sebelum balik amik gambar dengan bos dulu




geng anak-anak dara



werghhh and aku dapat lucky draw tu. ada bird nest la chicken essence la bla2. tak reti makan. bawak p opis bagi manager iols kikiki

tu je bye ~ ~


lets klik !!

Orang kahwin, Rowsix dan Seoul Garden

$
0
0
Assalamualaikum

Ini entry lump sum yang aku jumpa gambo nya dalam hp tapi tak update kat sini
So layak di gelar entry basi tahap kulat-kulat

Kisah 1
Pergi orang kahwin masa bulan doblas hari tu
Member masa sekolah menengah kahwin, dengan member office, tapi member tu dah keje tempat lain sekarang


bagi can kaktong perasan ye. bukan senang nak tengok kaktong amik gambau sesopan begini. alolololo menantu siapa la ni hekhekhekhek pelempangggggggggggggggg




kaktong terus lupa diri bila nampak menu rumah orang kahwin. siap ada jambu batu asam kau




wedding favours dia kuih tart nenas. walawehhh kurlasss. aku bukan peminat tart nenas, tapi tart dia sodap weyhhh. lantas kaktong lupa diri dan bedal berketul-ketul




oh ni wedding seterusnya. tapi keji kan pic pengantin takde, kawan pengantin plak hover tak hengat hah




ni pelamin siapa sebenarnya ? siap bergelak ketawa suka ria kau ye


Kisah 2

Ada suatu hari tu, kat office busy gila babss. Pehtu tak kuar lunch, tak makan apa pon. Togok air je. Balik keje lapau menggila kau. So ajak kawan p Aeon. Makan kat Rowsix



Lemon Branch. Tak ku sangka besau gelas kau ye. Kembong kaktong nak perabih. Tapi sedap. Very refreshing



Kaktong order hurghh tak ingat apa nama ntah. Sedap tapi tak podeh la. U know me. So mintak cili potong. Pergh terbaik podeh gilo kau. Kawan kaktong makan spaghetti apa ntah




kaktong yang kekenyangan tersandar terdampar macam dugong bunting. total makan 2 orang hari tu kalau tak silap dalam RM 60 kot. hurgh mahei jugak la. takpe sekali sekala je. kalau tetiap hari jual bulu la pastu


Kisah 3

Ni masa hujung bulan 1 hari tu. Nak dekat CNY kan, bonus pon keluar masa tu. So pergi makan-makan dengan colleagues kat Seoul Garden, Mahkota Parade

Sorang dalam RM 44. Dari pagi tak makan apa, simpan perut nak kenduri kat Seoul Garden punya pasal



yours truly and tiqa




om nom nom nom



kitorang amik soup kimchi. Sodap weyh. Tapi kalau nak refill another jug tu kene add RM 10 huhu 




kaktong muka kembang bermangkuk-mangkuk




kitorang ber-7 je hari tu. Ada yang tak dapat join. Yang mana ada je

Tu je byess ~ ~


lets klik !!

Makaroni Bakar

$
0
0
Assalamualaikum

Agak lama lah aku tak post aktiviti main masak-masak kan
Malas koooo. Dah berapa lama oven aku tu tak aktif. Takde mood gitew
Tapi hari tu tetibewww rajin sangat. Nak buat makaroni bakar. Lama tak makan. Teringin pulak
Ewah ngidam kah ??

Balik kerja sabtu hari tu pergi Aeon Bandaraya. Adik-adik aku la nak pau makan Chicken Rice Shop. On je. Pas makan, masuk Padini. Nampak pump. 53 hengget je. Rembat 1. Dah balik. Tak leh lama-lama aku ni tangan laju je kang

Balik singgah Econsave, nak beli barang buat makaroni bakar tu

Resepi guna resepi Kak Madiha (fotopages). Dulu pernah buat 2 kali. Pun guna resepi Kak Madiha. Sedap dan senang wehehehee  ~ ~

So saya panjangkan resepi nya kat sini ye kak ^_^



100 g makaroni 
1 camb mentega/marjerin 
1 camb minyak 
60 g daging/ayam, dicincang halus (MaDiHaA guna isi ayam) 
1 cm halia, dicincang halus 
4 ulas bawang merah 
1 camb serbuk rempah kari + air (jadi pes) 
1 tangkai daun sup, dicincang halus 
100 g sayuran campur (dlm paket : frozen mixed vegetables) 
4 biji telur Gred A 
150 ml susu segar/UHT 
50 g keju Cheddar, diparut (tak letak.. non stock) 
Garam 
Serbuk lada hitam secukupnya 

Cara2 Membuatnya 
 
1. Rebus makaroni hingga masak, tus dan gaul dengan mentega. 
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, halia dan pes rempah. Bila wangi masukkan daging/ayam dan kacau hingga masak (tambah sedikit air). 
3. Bubuh sayuran campur kemudian tambah garam secukupnya. Masukkan daun sup kacau dan angkat. 
4. Dalam bekas lain, satukan telur, susu, garam dan serbuk lada hitam. Gaulkan dengan makaroni dan daging. 
5. Lengser mentega pada mangkuk tahan panas atau caseroll. Tuangkan makaroni yg siap digaul tadi. Taburkan keju di atasnya. 
6. Bakar pada 180 C selama 40 minit atau hingga masak. 

Nota: Jika bahagian atasnya kelihatan agak perang, tutup dengan kertas timah/aluminium foil dan teruskan membakar. Jika tidak suka keju, tidak perlu gunakan.

Tapi aku tak guna sayur campur. Tak suka hihi. So aku guna carrot dengan mushroom. Lepas tu aku guna cheesedale je. Sebab tu je ada stok dalam fridge



Yaa om nom nom sangat. Masuk lift tekan sendiri ye. Makan dengan cili sos je




mama dengan baba makan sepotong sorang je. yang jadi naga perabih ni anak-anak dorang lah kan huahuahua. Kejap je dah tinggal setengah tray. Dah nak pukul 11pm tu, dah tinggal 3 potong je. Syabas adik-adik ku. Tak sia-sia aku menggodek makaroni bakar petang-petang tu



Adik nombor 2 yang memulakan housemanship nya kat Hospital Melaka hari ni. Tagging 2 minggu kot. Jadi doktor yang bertanggungjawab ye. Selamat merawat !!!



lets klik !!

InstaShop, Tomyam Black Canyon and Tomyam Tesco

$
0
0
Assalamualaikum

  • Instagram: waghih_delicious
Baru-baru ni ramai pulak yang update beli sambal bilis kat waghih delicious ni. Kat fb, kat insta, blogger2. Ramai yang dah cuba. Dan aku pulak memang peminat podeh-podeh ni, mudahlah tergoda. Lantas tangan laju whatsapp waghih delicious. Order 2. 1 regular 1 extra hot




semalam sampai. wuuu excited. cium-cium bau dia dulu. huih tak tahan




nasi + sambal bilis extra hot + kicap sket + kacang botor

Komen saya : sedap podeh !!! terbaik sangat. kalau tak sedar diri mau aku tambah nasi. itu pon buat sedar diri sket, so ratah sambal tu je. borasap tolingo den *motip tiba2 slang nogori? * hahahaha


Dah lama tak shopping handbag. Lama ok. Aku bukan ratu shopping pon. So ini ada 2 instagram untuk pen-shopping tegar handbag


  • Instagram: FS Collectionss

FS Collectionss beg dia comel-comel, harga mampu milik, mampu menggugat jiwa anda. Tangan pantas je nak order dan puppp pantas je bukak cimb click hohoiiii. Bahaya sangat ada online banking ni sebab laju je transfer  -_______________-




purple my favorite. mak datin sangat. harga mampu milik RM 50 sahaja sekali postage. cepat-cepat bukak instagram dan cari : FS Collectionss




  • Instagram: CCANTIKK

Aku sangat berminat beg michael kors tapi saya hanyalah golongan kelas bawahan yang memang tak mampu nak beli MK original kan. So solution dia, bukak je instagram. cari #sayajualhandbag dan ada bermacam-macam penjual handbag yang memberi solution kepada kita yang tak mampu beli handbag original yang ratus-ratus atau ribu-ribu. Tepuk dada tanya poket. Poket tebal, boleh pergi pavillion.





Michael Kors merah mak ngah. Hanya RM 75.00 sekali postage. Love love sebab tak pernah ada bag merah. Weeee suka !



  • Black Canyon Dataran Pahlawan Melaka
Black Canyon akhirnya membuka cawangannya di Melaka yeay !!! Suka lompat bintang lompat sampai lantai retak. Selalunya kalau ada kerja di Putrajaya, lunch mesti singgah Alamanda sebab nak makan kat BC tomyam super sodap tu. Akhirnya kita dapat makan tomyam sedap tu bila-bila masa !

Last rabu, pergi makan kat sana dengan officemate. Sebab tiba-tiba beliau nak p cari dodol. So aku cakap pergi Dataran Pahlawan je kan ada area jual hasil melaka.




mine ice lemon tea




favorite iolssss fusilli tomyam. super delicious super pedas nangis-nangis berair hidung



masa kawan aku beli dodol tu, dengan tak semena-mena aku telah membeli FM I love Melaka ni. Seorang penggila FM, tapi takde FM negeri sendiri. Kau rasa ?

  • Kak Ani Tomyam, Tesco Peringgit Melaka


Lagi 1 tomyam yang best kat Melaka. Tomyam yang sangat simple, tapi bisa membuat kau keluar ayaq hidung bila makan !

Tomyam kat tesco peringgit (sebelah Aeon Bandaraya). Bukan kat food court dalam tesco. Tapi kat luar, dekat jual baju-baju tu. 




seumur hidup tak pernah makan tomyam ada kangkung. tapi kat sini, bila dia masuk kangkung, macam 'in' pulak. best. pedas + masam sangat perfect ! Peminat tomyam Melaka di suggest kan datang sini 

Sekian review dan advertisement percuma dari saya.


lets klik !!

TGI Fridays

$
0
0
Assalamualaikum


Semalam pergi Putrajaya ada urusan kat KPKT. Pastu lunch pergi Alamanda
Biasa pergi Alamanda kan makan kat Black Canyon je. Tapi kan sekarang kat Melaka pon dah ada Black Canyon, ceah semalam buat tak nampak je Black Canyon tu hahaha

So weols decide nak makan kat TGI Fridays
Sorry akak orang kampung, first time masuk TGI harus nak update





first time masuk kena la amik gambo tisu. jakun sangat 




weols took apple juice RM 9.90 and mango juice RM 9.90



akak redha double chin so bawak sedar diri order fish and chips je





kau kurus takpe tiqa *sambil lap ailio tengok sizzling plate beliau*




tiqa punya sizzling chicken and shrimp RM 34.90. weh kau gila tak keliur tengok cheese tu. mari nangis. aku curi mash potato dia ohemgee sedap gila




akak redha pasrah punya fish and chips RM 29.90. Tapi seriously kenyang menyandar makan ikan 3 keping tu dengan chips lagi. tartar sauce tu sangatlah sedap

Total makan 2 orang RM 98.15 *bayar sambil urut dada tepuk perut laju-laju* Takpe sekali sekala. Golongan seperti kami tak bleh makan mahal selalu, nanti hujung bulan nangis sambil buat kira-kira bulanan. Sekali sekala melayan tekak dan nafsu semata



petang balik kerja pergi melawat Nad, office mate kami yang masuk hospital. Susah nak describe sakit dia ni. Almaklum kita bukan orang medic. Term medic jadah haram tak paham. Sakit pinggang, tulang bengkak? Melarat ke saraf ? Kene buat fisio. Urut pinggang. Dia cakap urut tu sakit gila. Semoga cepat sembuh Nad


lets klik !!

panas

$
0
0
Assalamualaikum

Cuaca sekarang yang sangat panas. Hari tu bukan main sejuk kan. London sangat katanya. Sekarang panas. Rasakannnn. Sabtu hari tu golek-golek tengok hindustan dilwale dulhania tu, panas berlengas, sekali tengok tempt, 35c. Hoih patut lah






Panas-panas lets goreng cekodok udang


  • kene banyakkan minum air masak
  • air paip sekarang aku tengok kotor semacam je kan. kat Selangor ada yang dah kene catu kan. Harap-harap Melaka tak la. Jenuh woi kalau takdak air ni
  • hari Isnin hari tu pergi bank kejap, sekali masuk, fuhhhh ramainya orang. Ahkak terkejut. Guard kata yang ramai-ramai tu amik BR1M. Eh bukan BR1M dia bank in je ke. Ntah ahkak tak tau plak hihi
  • Isnin hari tu pergi Putrajaya, ingatkan nak pergi Alamanda bleh makan kat Dome plak. Tapi malas, terus balik Melaka je
  • Dah berapa hari aku tak tengok progress pokok inai aku tu. Ahad hari tu tengok segar je. Jangan tak tau. Musim panas tapi pokok inai aku survivor sangat. Tanam tepi longkang ! hahaha
Kbai



lets klik !!

progress inai

$
0
0
Assalamualaikum

Hah kau kecoh gila. Pokok inai pon nak bagitau progress. Hahahaha lantaksss
Sebab aku rasa pokok inai ni macam susah nak jumpa kan
Masa bff aku kahwin bulan lepas, punya sengsara cari inai. Tak nak pakai inai tiub tu. Nak pakai yang daun la kan. Susah gila nak cari. Last-last sampai Alor Gajah, rumah bff jugak. Kerat tangkai daun inai tu banyak-banyak. Aku rembat setangkai. Balik rumah, mama cucuk belakang rumah, kat tepi longkang. Hahaha
Sebab teringat mak kawan aku tu cakap, tanam kat tempat basah dia cepat tumbuh




Yeay dah banyak daun dia. Dan jugak dah tumbuh dahan-dahan baru. Cepat besar ye. Cepat aku boleh kahwin hahahaha. Tetiba sangatssss. Abaikan tangan hulk




Inaiku di tepi longkang, tajuknya 





ni bila ntah. Isnin lepas kot. Pergi Aeon nak beli hamper baby nak bagi office mate. Wife dia bersalin twin boy. Comel gila. Pehtu teringin yong tau fu. So makan kat food court je. Hujung bulan jimat. Kemain hari tu siap ber-TGI bagai kan



lets klik !!

makan sokmo

$
0
0
Assalamualaikum

Boring ah tak tau nak update apa
Tapi dari terbiar kosong je, aku update je la kan
Kata food maniac, setiap kali makan setiap kali tu nak amik gambo
Orang dah separuh jalan mengunyah, aku still dok amik gambo lagi
Mungkin sebab tu kot orang kaitkan orang yang suka amik gambar makanan dengan mental ?
Oh tidak tidak. Aku normal hoccayyyyyy




Hailam Kopitiam, Kota Laksamana
Lunch semalam. Malas makan nasi. So makan kueytiow goreng dengan ayor lime plum. 
Kueytiow tu walau rupa tak semenggah tapi sedap i tell yu. Tapi tak pedas langsung. So makan dengan cili potong



balik kerja pergi Dataran Pahlawan. Nak beli tudung je pon. Dah settle tu nak lepak minum-minum
Pergi area starbuck. Ingat nak berstarbuck tapi ku tabahkan jiwa. Hahahaha
So pergi lepak kat kolam air tu, ada makanan ringan-ringan
So beli tiramisu blended dengan paratha chicken cheese


Lets klik !!

loghat betul minah ni

$
0
0
Assalamualaikum

Counting days to cuti-cuti. Pada yang tanya aku nak p mana tu, maafkan lah diri ini yang konon nak berahsia sangat macam kan nak jelajah planet marikh kekdahnya. Macam ada orang kesah kan. Lalalalaalalalalala danggggggg




Ni last friday. Peneman cari winter jacket. Ada lagi sorang peneman tapi sebab duduk tepi aku, memang tak masuk la muka ko dalam frame ni woih. Makan popcorn sementara tunggu foods. Tak tengok wayang pon. Beli popcorn je. Adik aku la tu teringin la apa la. Ngengada sunggoh !




yeay dah sampai. lambat gila ok service. tapi diorang say sorry la sebab lambat tak cukup staff. Takpe la kita senyum je la walaupun tak munasabah lambat tu. adik bujang aku tu makan chicken and pasta meal. sedap jugak spaghetti dia. tak pernah try pon. sebab asal datang sini makan ayam je kan




amik quarter meal. side dish amik potato salad, mac & cheese dengan mashed potato & gravy. mashed potato tu tawaq hebeh. memang la moto ko less salt. tapi ni bukan less salt dah, no salt woih ! ggggrrrrrrrrr




akhirnya, puas tour 1 aeon tu, jumpa winter jacket kat FOS dengan harga RM 139 only ! ni kira dah murah la. sebab kalau masuk universal traveller memang cekik darah punya. boleh nangis nak bayar di luar kemampuan iols k. tapi kat mahkota parade ada winter sales jugak. Ada murah lagi  -_- takpelah makcik redho. Demi nak nampak gegirl sangat, amik line color pink. gegirlnya iolsssssssss





saya ni nak pergi company trip sebona eh. pergi Hokkaido. kan dah cakap trip sponsor. kalau nak pergi sendiri, kumpul duit bonus 3 tahun la aku woi. memang tak mampu la makcik. terima kasih boss. eh macam bos baca blog ko. so saya pergi 18 sampai 23 baru balik. pastu sambung cuti sampai 27, sebab nak clearkan leave punya pasal. 

tengok suhu 18 - 23 tu. kill kill die die. duduk office pon bukak aircond 25c je woih. 



semalam dah tukar yen. alhamdulillah merasa gak pegang yen



semalam pergi beli kasut kat mahkota parade. beli sport shoe. senang. takde la aku sakit kaki nak pakai boot apa kejadah ntah. tak kosser. kang nak melawa la apa la, kaki aku sakit. memang aku amukan. nak tampung badan lagi. gagagagagaga. biasalah. kalau dah nama shopping bertemankan adik, harus ada upah. pergi makan nan cheese kat pak putra. dah bosan ayam tandoori, so amik butter chicken. nyam nyam sangat

itu je bye.


lets klik !!

cekodok geragau with love

$
0
0
Assalamualaikum

Hamboih kau tajuk tak mengagak kan. Hahaha
Sekarang ni tengah musim geragau kat Melaka ni. Bukan senang nak jumpa ok
Kalau lalu Klebang / Pantai Puteri tu dah nampak orang open table jual geragau, dah datang musim lah tu
Balik kerja sabtu lepas memang dah set, kalau nampak orang jual, memang aku berhenti p beli punya
Nasib baik, so ada orang open table. Kat Pantai 1 Malaysia tu.
Sepiring RM 5. So beli 2 piring
Hati gumbiraaaaaaaaaaaaaa




beli kat sini la. kat pantai puteri ada. kalau tak silap, kat area telok mas pon ada orang open table jugak




moh la mentransformkan beliau menjadi cokkodokkkkk
tepung + geragau + bawang besar + cili kisar sket + garam + ayor




goreng lah beliau




sejat minyak dulu. jangan nak gelojoh sangat
cekodok aku memang tak berajar sket. takde bentuk bulat comel-comel pon




kuah cili ikut selera tokak den
bawang putih + cili hidup + cili kisar sket + air sket + sos cili sket + garam gula




weeee mari terkam !!! bismillah........




nikmat donia. Alhamdulillah



lets klik !!

rojak mamak kampung jawa

$
0
0
Assalamualaikum

Baru balik lunch. Huih panas berdengung hari ni. Dia nak uji. Hari tu di bagi nya rasa sejuk. Kau boleh la feeling london sangat kan. Sekarang panas, kau nak feeling apa. Tak cukup panas, jerebu sekali bagi. Maha Kuasa sekejap je Dia ubah, panas sejuk, sejuk panas. Hidup masih perlu di teruskan...

Pergi lunch dekat rojak mamak, kat kampung jawa. Bukan dekat satay kampung jawa tu. Ni lain. Depan hotel apa ntah. Prima Hotel kot. Yang ada kedai-kedai buah tu




cendol yang sedap sebab kurang manis. just nice




mee rojak mamak. sedap manis sket tak pedas pon. nasib baik ai tak request cili potong mihihihihi




kawan-kawan ai semuaaaa food maniac. eh yeke ? hahaha
kami tak mental !!




ni lah kedainya. panas sket la. tapi ok la ko duduk situ untuk makan then blah. kalau jenis puteri lilin, boleh tapau je

lets klik !!

nasi lomak sambal lebih

$
0
0
Assalamualaikum




makan nasi lomak sambil baca akhbar
gambar nasi lemak takde. dah masuk perut =)

bye nak p handover kat site

lets klik !!

Doa Untuk MH370

$
0
0
Assalamualaikum










Marilah sama-sama berdoa untuk MH370




dari bercakap berbaur sampah, lebih baik berdiam
apa yang di cakap tu, adalah cermin kepada tahap "kebijakan" anda tu


Keep praying people !!!!



lets klik !!

Secret Recipe @ Mahkota Parade

$
0
0
Assalamualaikum
Keep praying for MH370


Ni hari apa ntah, last week, rabu kalau tak silap, pergi Mahkota Parade
Tujuan utama, nak p Kaison. Hihi
Suka sangat p Kaison ni. Rambang mata segala
Tapi ni pergi sebab nak beli lantern untuk kawan aku. Deco untuk mini pelamin tunang
DIY je pelamin. Tengok kat internet je. Jimat dan tidak membazir



beli benda alah ni la. murah jugak la. dia ikut size. ada RM 2++ / 3++



sebab tema hantaran dia kuning, kita beli kaler kuning dan putih


Lepas tu kita pergi makan. Makan kat SR ajo



aku kalau datang SR ni mana reti order lain. Green apple kasturi jugak lah. Sorang member aku order orange apricot slushie. sedap weyh masam gila. next time nak order ni hihi




dalam menu nampak ada cake ni. turkish indulgence. kemain gatal order. sekali tengok rege, 10 hengget. pitam akak kat situ. tapi ok la sedap sebab ada pistachio kan. tapi tak suka bawah dia tu ada buah kering tu




mine. tom yum kung. all time favs.paling suka sebab mushroom tu sedap




member punya golden crispy chicken



yang sorang lagi tak kasi can aku nak amik photo. terus ngapp. dengki lettew
dia order vietnam beef noodle soup




lets klik !!

Sakae Sushi @ Dataran Pahlawan

$
0
0
Assalamualaikum
Keep praying for MH370

Last week pergi makan sushi. Aku bukan suka sangat sushi. Especially seaweed balut kat luar tu. Hurkkk tak suka sangat
Kalau seaweed dia sumbat belah dalam takpe lagi
Dalam pada tak suka tu, tetap nak terjah Sakae Sushi yang baru buka kat Dataran Pahlawan




tuan tanah kedaung dan maskot si katak




ohhh akak orang kampung agak teruja bila order kene pakai ipad
terasa kecanggihannyaaa




ntah apa nama. sedap !!
RM 5.99 




yang tu pon sedap !
RM 5.99




yang ni pon sedap ! pedas sket
RM 5.99



ok yang ni tak suka. silap order haha. Aburi Salmon RM 14.90. Aku ingat salmon dengan apa. Bawah salmon tu rupanya bawang2 ke apa ntah.



Chicken Teri Ramen @ RM 13.90
Sedap jugak




RM 4.90 uhuk uhuk kalau kat kedai runcit dapat 2 tin taww



dengan tak semena-mena kawan aku apply member card. RM 20 kot. Lupa




tu kawan aku punya Oreo Smoothies @ RM 12.90
Sedap gilos weyyy



yang dia pegang warna hijo tu pon gambo katak. comel rasa nak seludup bawak balik !




Total damage RM 104.55 kesat peluh

Overall, sedap !
Boleh datang lagi. 
Nak apply member card sendirik hekhekhek


lets klik !!

Kluang Station @ Tesco Melaka

$
0
0
Assalamualaikum
Keep praying for MH370


Hari ni nak girls out session balik kerja nanti, nak makan sushi, tapi hari ni jugak lah gusi aku nak sakit la hape la
Berdenyut-denyut je dari semalam. Nak makan pon payoh ! Sakit jiwa ahkak !

Oh ye by the way, alhamdulillah setelah beberapa bulan hujan tak turun, bumi melaka hujan dengan lebatnya sabtu hari tu. Syukur Ya Allah !! Basah sket bumi setelah beberapa bulan kering

Ni 2 minggu lepas kot. Pergi Tesco sebab nak basuh kereta. Kereta aku sangatlah hazab rupanya masa tu. Keluar masuk site. Elok pakai lori je aku ni. Then pergi la basuh, siap nano bagai ok. Punya love love kereta tu. Terbang RM33. Punya puas hati. Sekali esoknya, dah kotor hazab kereta aku. Agaknya lalu sebelah lori, lori tayar basah then terpercik la kan.  Huwaaa sadis !!

Eh sambung. hehehe. so sementara nak tunggu kereta siap, pergi mencekik dulu



My fav is always Cham !




kawan aku makan mee siam. bukan biasa mee siam basah sket ke




side order. kepok lekor. aku lettew gatai nak order kepok lekor. so so je la. kepok lekor banyak tepung je. lagi best yang Leko-leko tu




aku plak order bubur ayam. tetiba sangat nak makan bubur




makan dengan cili padi kicap. meletops pedas !!



lets klik !!

random kan aje

$
0
0
Assalamualaikum
Keep praying for MH370

Ni entry random. Main letak je la ye. 
Read caption.



Pergi Dataran Pahlawan after balik kerja. Makan Sakae Sushi lagi. Gosh aku dah addicted dengan sushi tu rasanya. Sedap weyh





weols. Yang tudung purple tu lama tak jumpa. Dulu dia kerja sama tapi dah quit. Last jumpa masa raya. Tu yang rindu, terus ajak lepak makan sushi




Breakfast ntah bila. Jarang aku breakfast heavy macam ni. Kenyang sampai lunch terus




Hari tu beli lantern ni untuk props mini dais bff bertunang sabtu ni. Beli kat Kaison. Murah je. Yang putih tu RM 2++ kuning RM 3++. Harga dia ikut size



kain ni beli dah lamo, hantar tempahnya tak lagi. nak pakai masa wedding bff bulan 5 ni. hoh




hujan yang membasahi bumi sabtu lepas. Alhamdulillah, dari sabtu sampai semalam, asal petang je hujan. 



masa mula-mula hujan turun tu, dia turun sangat lebat, pastu berbuih-buih bila hempas lantai tu. Bawak turun sekali kotoran langit kot. Tak berani nak main hujan mula tu, dah lama hujan baru main hujan kikiki




favs kalau pergi Hailam Kopitiam sekarang. Hailam mee



last week 12/3 birthday baba =)




ahad malam punya dinner. malas kan. nasi goreng asal boleh namanya, telur dadau, sosej otak2 rentungsss




hari tu lunch favs tomyam kat tesco peringgit




photobook yang dibeli melalui voucher groupon. 8 hengget je ok. photobook tu free, 8 hengget tu postage cost. bab free memang laju je kan ngehehehe. rajin-rajinlah usha groupon ye




pagi tadi. morning yakult ! amboi kete depan tu punya tayarrrrrr, takde lagi besau ke bang




lets klik !!

200313

$
0
0
Assalamualaikum
Keep praying for MH370




esok bff saya bertunang
tu je nak cakap
kikikikikiki


lets klik !!

Raudah dan Amirul: My BFF Engagement Day

$
0
0
Assalamualaikum

Sabtu lepas, bff yang paling bff *almaksud yang paling rapat la* selamat bertunang
Raudah @ Odah. Dulu dia pun blogger gak. Tapi blog dah berkubur lamo dah. Pomaleh minah tu
Kalau siapa follow blog aku dah lama mesti kenal. Asek berkepit dengan odah je kan
Alhamdulillah, dia dah bertunang dengan orang Manjung. Sama tempat kerja dengan dia
Happy for her. At the same time, sedehhh. Biasa la aku memang hati tisu kan 
Sebab kitorang paling rapat antara bff ber-6 ni. Rasa macam time flies so fast. 
Sekolah sama, matrik sama kat utara. Dia kedah aku perlis. Kadang-kadang cuti sem balik sama tunggu la kat bus station kedah tu. Apa ke nama shahab apa ntah. Lupo
Habis belajar, kerja. Tempat kerja dekat. Kalau hujan, nanti aku amik dia kat rumah p kerja sama-sama
Asal hari sabtu balik kerja melanguk kat rumah dia kalau tak p mana-mana
Pastu dia berhijrah ke Manjung, kerja sana. Dapat jodoh orang Manjung. Hoih fikir-fikir balik, banyak nya yang kita lalui bersama-sama. Dan tiba-tiba dia dah bertunang dan akan kahwin!

Apa yang aku harapkan sebagai seorang teman baik, agar perjalanan menuju ke alam perkahwinan tu berjalan lancar, dengan izin Allah. Dan kita akan tetap kawan baik sampai bila-bila *hugs and tears*




diy pelamin oleh kakak Odah. Cantik dan simple kan




Orang belah lelaki sampai dalam pukul 12++ gitu




bincang-bincang time. Di tetapkan bahawa majlis adalah pada 16 Ogos nanti




amboi-amboi kemain kontrol ayu kau ye hiks !




bakal mak mentua sarung cincin. cincin risik dan tunang




alololo bakal menantu kesayangan ni hiks hiks




odah dan bakal tunang beliau




hantaran from both side. kuning dari perempuan, biru dari lelaki



 sirih + kuih bakar dengan apam mekar + kek + cookies




fruits + Quran + chocolates + kek buah kukus + Jubah 




kain pasang + kek + baulu + fruits  




kek + chocolates + sirih + cincin




makanan kat rumah odah ni memang sangat awesome la. anak beranak masak sendiri. malam sebelum majlis tu aku datang menyebok, tengok tempoyak dah siap masak. wuuuuuuu

menu hari tu semua lauk kampung yang sangat awesome ! masak lemak labu, ayam kampung dengan nangka masak lemak berempah, asam rebus batang keladi, daging gerang asam, tempoyak daun kayu, sambal belacan, ikan masin, ulam2

ko tengok pinggan aku. nasi amik sket, sebab nak tamak amik tempoyak punya pasal. tempoyak dia memang to die for ! kalau datang raya, nasib menyebelahi, siap dapat tapau. gagagagaga




lets makan ! balik siap dapat bungkusan lauk. tengkiyuuu mak odah. tempoyak tu balik2 je terus simpan dalam peti. sayang, takut basi kikikikiki






gambar tak banyak pon. 1 ni je la yang semenggah sket.  




ootd sangat. tak payah cekak pinggang ingat pinggang awak secekak kerrrrr



lets klik !!

Wedding Nabilla dan Hafiz

$
0
0
Assalamualaikum

Sabtu lepas ada wedding. Officemate, kat Selandar. 
So balik kerja 1pm tu, ramai-ramai gerak ke sana
Perjalanan yang ambil masa dekat 1 jam jugak. Hujan lebat, pastu bleh tak sesat

Sampai je dah 2.30pm kot. Dah takde orang ok. Haha
Ada la tak ramai pun. Sebab dah petang pun kan. Takpe yang penting lauk ada lagi! Hahaha
Lapar gila kau. Dah lah tak breakfast, sesat lagi. Bergelodak perut masa dalam kereta hohoho
Pastu tengah makan, pengantin panggil ambil gambar. Sebab pukul 3 pengantin nak pergi outdoor pulak
Oh btw, pengantin perempuan tu yang officemate weols 




tahniah uols




selfie dengan pengantin, lalu pengantin lelaki diketepikan haha




kakak aini dan adik-adiknya 




monopod di mana-mana




semua office-mate. except 2 orang kecik tu la haha




aku suka gilaaaaaa pelamin dia ! cantik sangat. kat tengah tu kan lampu. lampu dia colorful. kejap tukar purple, kuning, hijau, biru. Ohoi cantik gila !

Oh ye, pelamin, mekap dan baju-baju adalah dari Gee Cantik




wedding favours. bunga "epal". hehe cute cute




Tahniah buat Nabilla dan Hafiz
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan


lets klik !!
Viewing all 363 articles
Browse latest View live